Kejohanan PingPong Tertutup Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin
Tarikh : 13 Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi - 6.00 petang
Tempat : Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA
Sumbangan Penyertaan : RM 5.00 (Perseorangan)
RM 10.00 (Bergu)
Syarat dan Peraturan Pertandingan dan Borang Penyertaan boleh muatturun di http://www.masjidtuankumizan.gov.my/v1/images/stories/borangpingpong.pdf
** Untuk Maklumat lanjut dan penyertaan, boleh hubungi urusetia Ustaz Mohd Hamdi bin Abd Kadir di talian 03-8880 4307.
** Tarikh tutup hantar penyertaan pada 8 Oktober 2012 (Isnin)
SYARAT DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1. Kejohanan ini adalah TERTUTUP kepada komuniti yang bekerja atau menetap di Putrajaya sahaja dengan maksud takrifan seperti berikut:
a. “MAKSUD BEKERJA ADALAH PEMAIN TERSEBUT BEKERJA DENGAN MANA-MANA AGENSI SAMADA BADAN KERAJAAN MAHUPUN PIHAK SWASTA DI PUTRAJAYA DAN DITEMPATKAN DI DALAM PUTRAJAYA DENGAN CARA KERJA SEKURANG-KURANGNYA 8 JAM SEHARI DAN 5 HARI DALAM SEMINGGU SERTA MEMPUNYAI PEJABAT TETAP DI DALAM PUTRAJAYA”
b. “MAKSUD MENETAP PULA ADALAH TINGGAL SECARA TETAP DI DALAM PUTRAJAYA SAMADA MENYEWA, RUMAH SENDIRI ATAUPUN KUARTERS MILIK KERAJAAN”
2. Jumlah penyertaan untuk kejohanan kali pertama adalah terhad kepada 160 pemain sahaja. Penganjur hanya menerima 50 peserta bagi kategori perseorangan lelaki terbuka, 20 pasangan beregu lelaki terbuka, 20 orang peserta bagi kategori lelaki veteran dan 10 pasangan beregu kategori lelaki veteran
3. Setiap pemain hanya dibenarkan menyertai 1 kategori sahaja. Pihak penganjur berhak mengubah penyertaan jika jumlah penyertaan berkurangan.
4. Pertandingan ini dijalankan oleh pihak penganjur mengikut sistem dan undang-undang khas permainan ping pong.
5. Para pemain dinasihatkan agar membawa bad ping pong sendiri.
6. Para pemain adalah DIWAJIBKAN memakai pakaian menutup aurat dan berkasut.
7. Pertandingan akan dijalankan peringkat awal secara berkumpulan dengan sistem kalah 2 kali (double knock-out). Pemain yang layak ke seterusnya akan masuk ke pusingan kalah mati.
8. Sistem kiraan mata mengikut peraturan ITTF.
9. Pemain yang memenangi 2 set permainan akan memenangi perlawanan tersebut. Bagi pusingan kalah mati dan pertandingan akhir, pemain yang memenangi 3 set adalah pemenang perlawanan tersebut.
10. Pemain yang dipanggil lewat 3 minit masuk ke gelanggang pertandingan dianggap tewas dalam pertandingan tersebut.
PENGADILAN DAN BANTAHAN
1. Semua keputusan pengadil adalah muktamad
2. Pemain dibenarkan membuat bantahan sebelum perlawanan. Sebarang bantahan selepas perlawanan tidak akan dilayan.
3. Jawatankuasa penganjur berhak menentukan dan membuat keputusan muktamad berkaitan semua bentuk pengendalian sepanjang hari kejohanan.
- Hits : 1406







