Kelab Belia Riben Merah

 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan  Majlis AIDS Malaysia (MAM) telah bersama-sama menyampaikan maklumat yang tepat tentang HIV & AIDS kepada  mahasiswa sempena minggu orientasi pelajar baru pada  6 September 2012 bertempat di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok Kedah.
Sempena program tersebut telah dilancarkan Kelab Belia Riben Merah(Red Ribbon Youth Club), yang mensasarkan golongan remaja dan belia yang berumur antara 19-40 tahun sebagai platform untuk mereka menyalurkan sumbangan terhadap usaha-usaha masyarakat sivil  menangani epidemic HIV diperingkat akar umbi.
 
Remaja dan belia golongan peringkat umur kes terkumpul jangkitan HIV tertinggi dilaporkan. Lebih 76 peratus, atau 69,747 daripada jumlah keseluruhan kes HIV sehingga akhir tahun 2010 adalah di kalangan belia berusia antara 20 dan 39 tahun. Manakala, pada tahun 2011, bagi setiap empat kes baru jangkitan HIV, satu dilaporkan di kalangan orang muda dan belia dalam lingkungan 13 hingga 29 tahun.
 
Pertama menyahut seruan Majlis AIDS Malaysia ini ialah Aaron Aziz, Selebriti Sokongan Riben Merah yang juga jurucakap program Remaja & HIV. “Pengetahuan yang tepat tentang HIV asas kepada tingkah laku yang bertanggungjawab,” jelas Aaron yang turut bimbang akan kadar jangkitan HIV yang tinggi di kalangan belia. “Inilah peranan saya sebagai Selebriti Sokongan Riben Merah untuk memastikan mesej pencegahan HIV disebarkan seluas mungkin kepada golongan remaja dan belia, khasnya mereka yang berisiko tinggi.”

Aktiviti-aktiviti teras ‘Red Ribbon Youth Club’:

1. Menyampaikan maklumat yang tepat tentang pencegahan serta pengurangan risiko jangkitan HIV kepada belia


2. Melancarkan kempen ‘Sayangi Diri. Jauhi HIV. Hentikan AIDS’ di kalangan remaja dan belia.

3. Meningkatkan kesedaran remaja dan belia tentang HIV & AIDS untuk menghapuskan stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV.

4. Menggalakkan penyertaan remaja dan belia sebagai sukarelawan dalam program sokong bantu dan kempen kesedaran HIV

Menerusi kempen kesedaran HIV tersebut di atas, Red Ribbon Youth Club juga berharap agar stigma dan diskriminasi terhadap orang yang hidup dengan HIV dapat dihapuskan. Stigma HIV yang masih tebal dalam masyarakat menyebabkan mereka enggan untuk tampil menjalani ujian saringan dan rawatan HIV yang disediakan secara .

 Urusetia Program

 Berbincang dengan Prof. Dr. Ismail Baba, Penyelaras Rintis Kelab Belia Riben Merah, UUM Sintok Kedah

 "Talk Show" bersama pelajar baru

 "Getting to Zero HIV/AIDS"

 Aaron Aziz menyampaikan taklimat kepada pelajar

 

 Gimik pelancaran Kelab Riben Merah

 

 

Tarikh: 
Sep 06, 2012