Kemahiran Menggubal Soalan KAFA

 
Tajuk Berita : Kemahiran Menggubal Soalan KAFA
Oleh : Saiful Khair Mohd. Sampon
 
Seramai 66 orang Penyelia dan Guru KAFA dari 24 buah daerah Pantai Barat dan Pedalaman Sabah telah menghadiri Kursus Penggubalan Soalan KAFA Siri 2/2012. Kursus anjurkan Unit KAFA, JAKIM Cawangan Sabah ini telah diadakan pada 6 - 8 April 2012 bertempat di Bilik Seminar Pulau Pinang, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Kota Kinabalu.
 
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai teknik dan kaedah penggubalan soalan, mengikut subjek dan sukatan KAFA serta pemberian markah dan penyemakan jawapan. Kursus ini dirancang hasil daripada penetapan Key Perfomance Indicator (KPI) KAFA Sabah yang mensasarkan seramai 500 orang calon UPKK mendapat keputusan 8A pada tahun 2012. Sehubungan dengan itu, bermula tahun ini KAFA Sabah akan menyelaras penggubalan semua soalan peperiksaan semester dan percubaan KAFA bagi melaksanakan sistem peperiksaan semester dan ujian percubaan UPKK 2012 di seluruh negeri.
 
JAKIM Cawangan Sabah telah menjemput dua orang penceramah untuk menjayakan pelaksanaan kursus ini. Mereka ialah Ustazah Sabariah bt. Bahron, pensyarah JAPIM, IPG Kampus Kent, Tuaran dan Ustaz Ahmad b. Abrian, guru Pendidikan Islam, SMK Pitas. Mereka telah membentang empat kertas kerja serta mengendalikan slot bengkel yang diadakan.
 
Majlis penyampaian sijil dan penangguhan kursus ini telah disempurnakan oleh Ustazah Hjh. Noordianah bt. Hj. Alwi, Penolong Pengarah Unit KAFA mewakili Pengarah, JAKIM Cawangan Sabah. Dalam ucapannya beliau menasihatkan agar semua peserta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran berkaitan penggubalan soalan yang diperolehi dalam kursus ini selaras dengan hasrat jabatan yang mengutamakan hasil (outcome) dalam setiap program yang dilaksanakan termasuk program KAFA.
 
 
 
 Antara peserta yang hadir 
 
 
Penolong Pengarah Unit KAFA sedang menyampaikan taklimat 
 
 
 
 Peserta sedang mendengar kuliah 
 
 
Sesi bengkel sedang dijalankan
 
 
Us. Ahmad Abrian menerima cenderamata daripada PP KAFA 
 
 
Ust. Hjh. Noordianah menyampaikan sijil kepada wakil peserta 
 
 
Ust. Sabariah (kanan) menerima cenderamata