Kembara ilmu di bumi Mesir, suatu pengalaman berharga
Institut Latihan Islam Malasyia , ILIM telah menghantar 4 orang wakil dari pusat-pusat latihan di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ke bumi Mesir bagi mempelajari mengenali serta menghayati kebudayaannya. Kembara ilmu di bumi Mesir tidak terbatas hanya mengikuti pengajian Bahasa Arab di Universiti al Azhar bahkan turut menyusuri tempat-tempat bersejarah.
Para peserta yang terpilih mengikuti Kursus Pengajian Kebudayaan Arab Mesir ini ialah Ustaz Syed Abdullah Al-Jufri bin Said Maamor, Pengetua Pusat Latihan Islam Lahad Datu, Sabah dan Ustaz Karia bin Haji Rahmat , Pengetua Pusat Latihan Sarawak. Manakala dua lagi ialah Penolong Pengarah dari Pusat Latihan
Islam Kundasang, Sabah iaitu Ustaz Alamin bin Majok serta Ustaz Nik Sukiman bin Nik Yusof , Penolong Pengarah dari ILIM. Para peserta mendapat pembiayaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan kursus dianjurkan oleh Unit Penyelidikan, Latihan dan Penerbitan, ILIM dengan kerjasama Syarikat Al Bayan Corporation Sdn. Bhd.
Islam Kundasang, Sabah iaitu Ustaz Alamin bin Majok serta Ustaz Nik Sukiman bin Nik Yusof , Penolong Pengarah dari ILIM. Para peserta mendapat pembiayaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan kursus dianjurkan oleh Unit Penyelidikan, Latihan dan Penerbitan, ILIM dengan kerjasama Syarikat Al Bayan Corporation Sdn. Bhd.
Pengalaman manis berada di bumi Mesir selama 2 minggu bermula 27 Ogos sehingga 11 September 2012 telah diisi dengan pelbagai aktiviti ilmiah. Para peserta diberi pendedahan secara teori mengenai adat resam budaya Arab termasuk perkara yang berkaitan isu semasa, hukum –hakam serta pendedahan tentang perbandingan mazhab. Peserta juga diberi peluang menyertai kegiatan harian masyarakat setempat bagi mendapat gambaran sebenar budaya masyarakat Arab.
Perkongsian ilmu disertai dengan lawatan ke Muzium Mesir , Khan Al Khalili, Qaitty Castle di Iskandariah, Kubu Qaitbay dan Kubu Mohd Ali. Para peserta yang dipandu sepenuhnya oleh wakil Syarikat Al Bayan Corporation Sdn Bhd iaitu Ustaz Khalid Bani Omar turut dibawa meninjau kehebatan piramid serta keindahan Sungai Nil . Selain itu, para peserta berpeluang memasuki masjid-masjid yang tersohor di sana seperti Masjid Al-Azhar, Masjid Hussein serta melawat makam-makam Nabi serta para sahabat.
Pengalaman yang amat berharga juga buat para peserta kerana berpeluang bertemu dengan pegawai atacé Jakim di Mesir iaitu Ustaz Abdul Muhaimin bin Mahmud. Beliau banyak membantu para peserta dengan menceritakan pengalaman serta keistimewaan Mesir. Turut meninggalkan kenangan indah buat para peserta ialah saat merasai pengalaman memasuki kediaman para pensyarah Universiti Al Azhar, Mesir untuk melihat secara langsung gaya hidup serta menikmati hidangan masyarakat Arab Mesir.
Segala pengalaman yang ditimba oleh para peserta pastinya menjadi sejarah bahkan bermanfaat untuk dikongsi bersama dengan warga pusat latihan yang lain. Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang dikutip melalui kembara ilmu ini akan menjadi titik tolak untuk lebih mencintai ilmu serta menyanjungi budaya Islam.




Tarikh:
Sep 19, 2012   - Hits : 1521







