Kembara Mahabbah 2012 Bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM

Pada 23 hingga 24 Jun 2012 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Kembara Mahabbah 2012 Bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan ) JAKIM di Kampung Orang Asli Sg. Temin, Gerik, Perak Darul Ridzuan.
 
Kampung Orang Asli Sg Temin adalah antara kampung Orang Asli yang ada di Negeri Perak yang menggunakan kenderaan air seperti bot. Penggunaan bot menjadi pengangkutan utama yang perlu dinaiki untuk sampai ke kampung tersebut dan kampung ini dikategorikan antara perkampungan pinggir bandar di Negeri Perak.
 
Penduduknya terdiri dari kelompok orang Asli Suku Jahai dan Temiar dengan jumlah penduduk seramai 157 orang  yang terdiri daripada 25 keluarga dan  hampir lapan puluh peratus (80%)  penduduk kampung telah menganut Islam .
 
Menurut Tuan Haji Ali Bin Mohammed, Pengarah Bahagian Dakwah bahawa Program Kembara Mahabbah 2012 ini merupakan program berbentuk ziarah bertujuan untuk beramah-mesra serta memberikan khidmat masyarakat.
 
“Program ini juga berteraskan objektif untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada Orang Asli tentang tanggungjawab mengamalkan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan harian. Ia juga bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim dikalangan  masyarakat Orang Asli dan merapatkan hubungan dengan agens-agensi kerajaan juga masyarakat setempat”. katanya.
 
Berbagai program dan aktiviti diatur termasuklah sukaneka antara pihak urusetia dengan penduduk, ziarah ke rumah penduduk, penyampaian sumbangan, tazkirah, jamuan makan, majlis ramah mesra dan solat berjemaah. Dalam majlis itu juga seramai 8 orang telah memeluk Agama Islam dan acara pernikahan seramai 2 pasang telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Inasan )JAKIM.
 
Majlis perasmian penutup dan penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Inasan )JAKIM. Beliau di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan berpuashati dengan program yang diadakan dan mengharapkan supaya program seumpama ini lebih kerap diadakan semoga dapat merapatkan lagi hubungan agensi-agensi luar dengan penduduk kampung Orang Asli .
 
Antara yang hadir bersama program ini ialah Yang Arif Tuan Mohd Asri bin Ghazali; Hakim Mahkamah Syariah Gerik, wakil-wakil Mubaligh serta agensi-agensi kerajaan Negeri Perak.
 
Semoga dengan adanya program seperti ini dapat menarik minat penduduk kampung sekitar yang belum memeluk Agama Islam dapat dekat kepada Islam dan meningkatkan kerja dakwah dikalangan Orang Asli Malaysia agar Islam dapat dikembangkan lagi di muka bumi ini.
 
 
Peserta rombongan bergambar kenangan sebelum bertolak ke destinasi
 
 
 
 
Peserta rombongan perlu menaiki bot dan feri untuk sampai ke Kampung Orang Asli Sg. Temin
 
 
 
 
 
 
Penduduk kampung menyambut ketibaan rombongan di ketuai oleh Penghulu kampung
 
 
Antara sukan yang dipertandingkan pada program Kembara Mahabbah 2012
 
 
Majlis pengislaman seramai 8 orang terdiri dari 2 keluarga telah dapat disempurnakan pada program kali ini
 
 
Seramai 2 pasang pengantin telah dapat disempurnakan pada program ini.
 
 
Pertandingan tarik tali antara penduduk kampung dengan pihak urusetia
 
 
Ucapan aluan oleh Us. Hafizuddin bin Abd. Kadir; Ketua Penyelaras PMOA Perak & Kedah.
 
 
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Hj. Razali bin Shahabuddin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Inasan )JAKIM
 
 
Penyampaian sumbangan dan hamper kepada penduduk kampung.
 
 
Bergambar kenangan bersama penduduk kampung Orang Asli Sg Temin.