Kenyataan Tender

Tender Bagi Membekal, Menghantar, Memasang, Menguji, Mendokumentasi Dan Mentauliah Peralatan Komputer Untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
No. Tender : JAKIM 8/2005

1. Tawaran tender adalah dipelawa daripada syarikat pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang/ sub kepala 210101- Personal Computers and Related Peripheral Services dan 210104- Software Products and Services. Penender mestilah berdaftar di bawah kedua-dua kod bidang yang dinyatakan.

2. Salinan asal dan satu (1) salinan fotostat (tidak dikembalikan) Sijil Pendaftaran dan Sijil Taraf Bumiputera (bagi syarikat Bumiputera) dari Kementerian Kewangan yang masih sah tempohnya hendaklah disertakan semasa pembelian dokumen tender.

3. Dokumen tender boleh dibeli di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Aras 8, Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya pada hari bekerja seperti berikut :

Isnin- Khamis : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari

: 2.30 petang hingga 3.45 petang

Jumaat : 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari

: 3.00 petang hingga 3.45 petang

4. Dokumen tender boleh dibeli dengan jumlah RM50.00 (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja) mulai 20 Julai 2005 (Rabu) mulai jam 2.30 petang dengan mengemukakan Wang Pos, Wang Kiriman atau Bank Draf berpalang atas nama Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

5. Tawaran tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dengan mencatatkan tajuk dan No. Tender pada bahagian atas sebelah kiri sampul tersebut. Tawaran tender tersebut hendaklah dimasukkan ke dalam peti tender di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Aras 8, Blok D7, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62519 Putrajaya sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari, 8 Ogos 2005 (Isnin).

6. Tawaran tender yang diserahkan selepas jam 12.00 tengah hari pada tarikh tutup tender tidak akan diterima atau dipertimbangkan oleh jabatan ini.

7. Jabatan Kemajuan Islam Mala


ysia tidak terikat untuk menerima tawaran terendah atau mana-mana tawaran.

LAWATAN TAPAK ADALAH DIWAJIBKAN PADA 20 JULAI 2005(RABU) JAM 9.00 PAGI BERTEMPAT DI AUDITORIUM, ARAS 5, BLOK D8,PARCEL D, 62519 PUTRAJAYA.

 student tgh tidur