Keputusan Rasmi Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke 53 Tahun 1432H/2011M

MTQA Kali Ke-53 telah diadakan dari 16 hingga 23 Julai 2011, di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur dengan bertemakan "Persefahaman Asas Perpaduan Ummah". Majlis Perasmian disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah.  Majlis penutup dan penyampaian hadiah pula disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman.
 
MTQA kali ini disertai oleh 37 buah negara dengan jumlah penyertaan seramai 61 orang yang terdiri daripada 37 orang qari dan 24 orang qariah. Berikut adalah keputusan MTQA Kali Ke-53:
 
  1. Johan
 
  1. Qari: Amirahman bin Abas dari Malaysia (markah 89.26%); dan
  2. Qariah: Suraya binti Abu Hassan dari Malaysia (markah 88.33%);
(Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM32,200, piala iringan, sijil penyertaan dan cenderamata)
 
  1. Naib Johan
 
  1. Qari: Saudi M. Gandisa dari Filipina (markah 88.67%); dan
  2. Qariah: Hajah Noor Khalidah dari Republik Indonesia (markah: 88.30%);
 
(Tempat kedua membawa pulang RM22,400, sijil penyertaan dan cenderamata)
 
  1. Tempat Ketiga
 
  1. Qari: Abdel Bast Mohamed dari Mesir (markah: 87.88%); dan
  2. Qariah: Nur Azizah Sholichin dari Singapura (markah 86.17%).
 
(Tempat ketiga menerima RM13,600, sijil penyertaan dan cenderamata)
 
Seramai 13 orang hakim telah dilantik dari Malaysia, Mesir, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Republik Indonesia, Brunei Darussalam, Thailand, Maghribi dan Jordan untuk menghakimi peserta dalam bidang tajwid, kelancaran (fasahah), lagu (tarannum) dan suara.
 
Sepanjang tempoh 8 hari MTQA berlangsung, 3 program lain telah diatur pada sebelah siangnya iaitu:
 
  1. Forum Perdana yang membincang 2 tajuk iaitu Persefahaman Asas Perpaduan Ummah dan The Miracles of Al-Quran. Forum ini dikendalikan oleh ahli panel dari Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Malaysia. Seramai 700 orang telah menghadiri forum tersebut yang berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur pada 20 Julai 2011 (Rabu), jam. 9.00 hingga 11.00 pagi;
 
  1. Seminar Al-Quran Peringkat Antarabangsa telah diadakan di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi, Selangor yang dihadiri oleh hakim, qari dan qariah MTQA selain 700 orang penggiat Al-Quran. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin (Khamis), pada 21 Julai 2011; dan
 
Pameran berkaitan pendidikan, kesihatan, halal, kewangan, riadah juga diadakan di Legar Putra, PWTC, Kuala Lumpur oleh agensi Kerajaan dan industri kecil dan sederhana (IKS). Pameran berlangsung dari 20 hingga 23 Julai 2011(jam 11.00 pagi hingga 10.00 malam) melibatkan 91 petak pameran.
 
MAJLIS PERASMIAN
 
Ketibaan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
 
Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sempena Majlis Perasmian Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 53 Tahun 1432H/2011M diiringi oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri
 
Upacara Sembah Kenal Jemaah Hakim dan Para Peserta
 
Persembahan Majlis Perasmian
 
Barisan Jemaah Hakim
 
 
 
MAJLIS PENUTUP DAN PENYAMPAIAN HADIAH
 
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman dan
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Hajah Haminah binti Haji Hamidun,
Sultanah Negeri Kedah Darul Aman
 
Antara Tetamu yang membanjiri Dewan Merdeka,PWTC
 
Persembahan Khas dari Wakil Qari dari negara Croatia,Ukraine,Syria,Singapura,Vietnam ,Russia serta Kumpulan DG-Wa, Jakim
 
  
Johan Qari dan Qariah Majlis Tilawah al-Quran Antarabangsa Ke 53 Tahun 1432H/2011M