Keputusan Tinjauan Pendapat Dalam Laman Web Jakim
Jakim telah menyiarkan tinjauan pendapat umum di dalam laman web rasmi jabatan berkaitan tajuk 'Kepimpinan Parti Perlu Diberi Kepada Tokoh Yang Mempunyai Imej Pembela Bangsa Dan Agama'. Tinjauan ini mula disiarkan pada 23 Mac 2009 (Isnin) sehingga 27 Mac 2009 (Jumaat).

Keputusan tinjauan tersebut mendapati 441 orang responden atau 90% telah memilih bersetuju supaya kepimpinan parti perlu diberi kepada tokoh yang mempunyai imej pembela bangsa dan agama. Manakala 47 orang responden atau 10% lagi tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut.
Bermula 27 Mac 2009 (Jumaat) tinjauan pendapat yang baru telah disiarkan dalam laman web Jakim iaitu berkaitan isu 'Orang Yang Menghina Institusi Raja dan Agama Islam Hendaklah Dikenakan Hukuman Berat'. Dimohon kepada semua yang melayari laman web ini dapat membuat undian anda. Terima kasih.
- Hits : 1737







