Kurator Berita : Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

BANGI, 1 Mac 2019 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KKPHEI), ILIM telah menganjurkan Kursus Penyediaan Kertas Siasatan kepada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) pada 27 Februari hingga 1 Mac 2019 di Bilik Kuliah Khawarizmi, ILIM

Kursus tersebut diadakan bertujuan memberi pengetahuan dan kefahaman asas kepada PPA mengenai aspek-aspek penting dalam bidang penyiasatan syariah serta meningkatkan kemahiran mereka tentang kaedah serta teknik mengendalikan penyiasatan yang betul dan berkesan.

Kursus selama 3 hari ini mendapat penyertaan seramai 26 orang dan mendapat bimbingan daripada Tuan Haji Shahidan bin Abdul Ghafar, Timbalan Pengarah Jabatan Pendakwaan Syariah Wilayah Persekutuan.

Sepanjang pelaksanaan kursus, peserta didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran mengenai kaedah dan pendekatan siasatan, penyediaan laporan dan diari, serta isu dan kesalahan dalam penyediaan kertas siasatan. Bagi membina kompetensi dan profesionalisme dalam pengendalian penyiasatan syariah ini juga, peserta telah menjalani simulasi penyediaan kertas siasatan bagi memastikan ilmu yang diberikan difahami dan dipraktik semasa di lapangan.

Kursus Penyediaan Kertas Siasatan1