PROGRAM PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM (PPKI)
Program ini berkonsepkan kepada pendidikan insan yang bermula dari alam rahim. Dalam
hal ini, ibubapa yang merupakan anggota terpenting dalam sesebuah keluarga
akan diberikan pengetahuan dan bimbingan mengenai peranan dan tanggungjawab
masing-masing agar mereka dapat mengamalkan gaya hidup sihat yang boleh menyumbang kepada pembentukan keluarga yang beriman dan
sejahtera.
Langkah ini dibuat dengan mengambil kira bahawa susana
stabil yang lahir dari keluarga bahagia akan memberi pengaruh yang besar
dalam pembentukan peribadi kanak-kanak dan akan membentuk kekuatan dalaman
yang mampu menjadi benteng untuk menghadapi sebarang cabaran yang
mendatang.
Program ini menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan seperti
berikut:-
1. Perkhidmatan Ibu Hamil
2. Perkhidmatan Kemahiran
Keibubapaan.
3. Perkhidmatan Pendidikan
Kanak-Kanak
4. Perkhidmatan Keluarga
Bermasalah
KEMBALI
|