VISI
Membentuk
sebuah masyarakat yang kuat pegangan iman agar terhindar
dari gejala sosial.
MISI
Memupuk kefahaman dan kesedaran masyarakat ke arah
pengamalan dan penghayatan cara hidup yang berlandaskan
ajaran Islam.
OBJEKTIF
Membangunkan keperibadian ummah berdasarkan akidah syariah
dan akhlak Islamiah melalui institusi keluarga dan
institusi masjid
Membentuk individu keluarga dan masyarakat kearah
kesejahteraan ummah
FUNGSI
Rancang dan menyelaras perlaksanaan program Pembangunan
Keluarga (PK) dan Pembangunan Sosial (PS)
Menyediakan kurikulum bagi perlaksanaan program
Pembangunan Keluarga Islam (PKI) dan Pembangunan Sosial
(PS)
Merancang program latihan kakitangan
Merancang penubuhan Pusat Pembangunan Keluarga Islam (PKI)
dan Pembangunan Sosial (PS) serta mengawasi Pusat-pusat
tersebut menjalankan penilaian dan kajian keberkesanan
program PPKI dan PPS
Memastikan program pengimarahan masjid berjalan sewajarnya
dengan Masjid Negara dan Masjid Putra sebagai model bagi
konsep "memasyarakatkan masjid"
Memastikan pengurusan dan pentadbiran masjid seluruh
negara dilaksanakan dengan seragam, cekap dan teratur
Merancang dan melaksanakan pengurusan Masjid Negara dan
Masjid Putra.
|