SEJARAH
Bahagian
Pembangunan Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid atau
ringkasnya KESUMA diwujudkan hasil gabungan antara Cawangan
Pembangunan Sosial dan Cawangan Pengimarahan Masjid di
Bahagian Dakwah dengan Bahagian Masjid Negara. Masjid Putra
diletakkan di bawah struktur KESUMA setelah ia mula
beroperasi pada Disember,1999 yang lalu.
Ditubuhkan
pada bulan Ogos 1998, susulan dari penubuhan Pasukan Petugas
Khas Agama Bagi Menangani Gejala Sosial (PPKAMGS)
sebagaimana yang telah diputuskan dalam Mesyuarat
Jawatankuasa Kabinet Menangani Masalah Sosial pada 26
Februari 1998 yang lalu. Pasukan yang dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
dengan ahli-ahlinya yang terdiri daripada Pengarah-pengarah
Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN), wakil dari
Kementerian Pendidikan dan Kementerian Penerangan ini telah
mengadakan perbincangan secara mendalam mengenai masalah
sosial yang berlaku pada masa ini dan berpandangan bahawa
cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah yang ada
hanya melalui pendekatan agama; pembinaan insan yang
benar-benar beriman dan berpegang teguh dengan ajaran agama.
Bahagian
ini juga bertindak sebagai Urusetia kepada Kumpulan Kerja
Teknikal (TWG) Membenteras Gejala Sosial di peringkat
Jabatan yang mana Urusetia Induknya diletakkan di bawah
Kementerian Perpaduan Negara Dan Pembangunan Masyarakat (
KPNDPM).
|