Ketua-Ketua Wanita NGO’s Negeri Sabah Mengikuti Kolokium Bina Insan Dan Pemantapan Sahsiah Modul Pendekatan Islam Hadhari
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan kerjasama Badan Wanita USIA Pusat Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Kolokium Bina Insan dan Pemantapan Sahsiah kepada Ketua-Ketua Wanita NGO’s Negeri Sabah pada 14 -16 Ogos 2009, bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang Sabah.
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Kolokium ini adalah sebahagian daripada usaha untuk pengukuhan sahsiah serta memperkasa kepimpinan Wanita NGO’s Negeri Sabah sebagai role model dalam kepimpinan organisasi masing-masing. Kolokium ini juga adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman golongan wanita mengenai tanggungjawab yang perlu digembeling secara bersama dalam menghadapi isu dan cabaran semasa umat Islam masa kini.
Kolokium ini telah berjaya menyampaikan mesej Pendekatan Hadhari secara efektif, selain memberi pendedahan berkaitan modul kursus Bina Insan (Pendekatan Hadhari) yang sedang giat dilaksanakan oleh JAKIM dan kementerian-kementerian pada masa kini. Seramai 50 orang peserta telah mengikuti kolokium ini, dimana mereka telah memberikan respon yang baik terhadap pengisian yang telah mereka lalui sepanjang program tersebut.
Sempena dengan Kolokium ini Y.B. Senator Datuk Dr. Mashitah Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah sudi hadir untuk menyampaikan ceramah bertajuk: Saidatina Khadijah Model Wanita Unggul Dalam Menghadapi Isu dan Cabaran.
|
- Hits : 1542













