Kewajipan Menegakkan Tiang Agama Menjamin Keselamatan Muslim

KEWAJIPAN MENEGAKKAN TIANG AGAMA MENJAMIN KESELAMATAN MUSLIM
 
Solat ialah Rukun Islam yang kedua, ianya merupakan perintah ALLAH S.W.T. kepada manusia yang wajib dilaksanakan dan mempunyai hikmah dalam mengerjakannya. Justeru, di atas dasar itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA) telah menganjurkan Seminar Sains Solat 2012 pada 11 Julai 2012M (Rabu) bersamaan dengan 21 Sya’aban 1433H.
 
Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, MTMZA telah dipenuhi peserta yang amat menggalakan dari pelbagai agensi dan masyarakat umum terhadap seminar yang diadakan pada tahun ini dengan jumlah seramai 400 orang peserta dari Putrajaya, Kuala Lumpur dan lain-lain negeri. Peserta yang menyertai seminara kali ini tidak berganjak dari pagi hingga ke akhir kerana memberi fokus terhadap perbincangan dan pendedahan oleh 2 orang penceramah jemputan yang sangat berpengalaman dan luas kemahiran iaitu :-
 
1.     Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Hasnan bin Kasan
         Pusat Pengajian Umum
                      Universiti Kebangsaan Malaysia
 
2.     Y.Bhg. Dr. Mohd Arip Kasmo
                      Pusat Pengajian Umum
                      Universiti Kebangsaan Malaysia
 
Seminar yang diadakan ini bertujuan untuk memberi penerangan dan pendedahan eksklusif kepada peserta bahawa solat yang diwajibkan kepada umat Islam setiap hari, bukan hanya amalan kerohanian semata-mata tetapi terbukti mempunyai 1001 hikmah tersirat terhadap fizikal dan mental serta rohani terutama dalam meningkatkan tahap kesihatan manusia. Selain itu, pendedahan tentang Al-Quran juga diberikan untuk masyarakat memahami dan mendekatkan diri serta menyakini Al-Quran sebagai panduan dan rahmat dari Ilahi. 
 
Sepanjang seminar ini 3 topik utama telah dibincangkan iaitu Ceramah 1 : “Kepentingan Solat Membina Jati Diri Beragama”, Ceramah 2 : “Kesempurnaan Solat” dan Ceramah 3 : “Hikmah Solat Dari Sudut Sains dan Al-Quran”.
 
Di akhir seminar Y.Bhg. Tuan Haji Hazarudin bin Haji Baharudin, Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah menyampaikan cenderamata kepada penceramah seminar ini. Semoga dengan maklumat yang disampaikan melalui seminar ini akan memberi manfaat kepada umat Islam di Negara ini.