Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional

KOLOKIUM KEPIMPINAN MAHASISWI NASIONAL
 
Seramai 60 orang Pemimpin Mahasiswi dari 10 kampus Institusi Pengajian Tinggi hadir menyertai Kolokium Kepimpinan Mahasiswi Nasional yang berlangsung di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Wilayah Timur.
 
Program dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berlangsung selama 3 hari bermula 29 Jun hingga 1 Julai 2012 telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan), Jakim. Turut hadir ialah Ustaz Ruslan Bin Said, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah.
 
Para peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu dan kemahiran melalui aktiviti ourdoor serta aktiviti berkumpulan. Selain itu, terdapat 3 slot pembentangan yang telah disampaikan oleh Ustazah Zawiah Hasan (Mursyidah Ustazah pilihan Astro Oasis), Ustazah Normadiha Daud (Pensyarah Unisza) dan Ir Khairunnizam Mhd Supian (Jabatan IT, Maybank Berhad)
 
Antara kampus-kampus yang hadir iaitu UIAM, USIM, UM, UNISEL, UPM, KLMU, Kolej Dar Hikmah, IPG Sultan Mizan, Unisza dan UniKL.
 
Menurut Ustaz Ruslan Said, program ini menggariskan 3 objektif utama iaitu Membina kepimpinan mahasiswa yang berilmu, berdedikasi dan bertaqwa sebagai pelapis kepada kepimpinan negara masa hadapan (Future Leadership).Melatih kader-kader dakwah dikalangan pemimpin mahasiswi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam menyemarakkan usaha dakwah Islamiah di kampus.Mewujudkan jaringan pintar antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pemimpin mahasiswa kampus disamping merangka pelan tindakan dakwah di IPT.