Konsep Wasatiyyah Pendokong Gagasan 1Malaysia 1Ummah

YB Senator Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir B. Hj. Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam ucapan aluannya ketika mempengerusikan Wacana Panel Pemikir Konsep Wasatiyyah pada 20 Mei yang lalu memaklumkan bahawa konsep wasatiyyah ini akan dipromosikan sebagai pendekatan yang bersesuaian dalam mendokong Gagasan 1Malaysia yang telah difahami dan diterima rakyat seluruhnya.
 
Pandangan ini diterima secara positif oleh ahli panel pemikir yang mewakili kumpulan professional, ulama’, umara’, badan korporat, NGO dan kakitangan kerajaan. Wacana yang bertempat di Hotel Istana Kuala Lumpur ini turut dihadiri oleh YB Senator Dato’ Dr. Masitah binti Ibrahim; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato` Seri Dr. Abdullah Bin Md. Zin; Penasihat Khas Agama Kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, YB Haji Shabudin Bin Haji Yahaya, Y.Bhg. Dato' Wan Mohamad B. Dato' Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
 
Dalam sesi rumusan wacana, ahli panel pemikir telah mencapai persetujuan untuk menetapkan beberapa pengisian, hala tuju dan perancangan pelaksanaan konsep wasatiyyah selaras dengan kehendak kerajaan yang ingin mewujudkan perpaduan yang lebih harmoni di kalangan masyarakat berbilang bangsa, agama dan resam budaya.
 
 
 
 
 
YB Menteri Mempengerusikan Wacana Panel Pemikir Konsep Wasatiyyah.
 
 
 
 
Turut Hadir YB Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
 
Antara ahli panel pemikir:-