Konvensyen Pendakwah Negara 2012

 
Pada 6 September 2012 bersamaan 19 Syawal 1433H, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Dakwah telah mengadakan Konvensyen Pendakwah Negara 2012 di Grand BlueWave Hotel Shah Alam, Selangor.
 
Tujuan Konvensyen ini diadakan adalah untuk:
 
     1.    meningkatkan kefahaman, pemikiran Islam dalam menjayakan pelaksanaan dakwah secara  
            menyeluruh, bersepadu dan berstrategi serta sesuai dengan situasi terkini;
     2.    memberi pendedahan terhadap dasar-dasar dan isu-isu semasa negara;
     3.    memberi pendedahan mengenai pendekatan dakwah yang terkini sesuai dengan era globalisasi; dan
     4.    mencari titik pertemuan dan pengukuhan dalam penyebaran dakwah dari pelbagai agensi dan badan
            dakwah.
 
Majlis Perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh YB Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Majlis ini juga turut dihadiri oleh dif-dif kehormat seperti Sohibus Samahah Mufti-Mufti Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Agensi di bawah Menteri, Pengarah-Pengarah dan Ketua Eksekutif Majlis Agama Islam Negeri-Negeri.
 
Dalam ucapan Perasmian sempena Majlis Perasmian Konvensyen tersebut, YB Menteri di JPM telah merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di atas inisiatif mengadakan Konvensyen dan turut melahirkan rasa syukur kerana berjaya menghimpunkan para pendakwah negara yang komited memacu pembangunan modal insan berkualiti. YB Menteri juga menyeru agar para da’ie berusaha meningkatkan tahap pengetahuan, kemahiran dan kecemerlangan diri setanding dengan cabaran semasa.
 
Konvensyen ini telah menampilkan lapan (8) orang pembentang kertas kerja dan dua (2) orang pengulas yang berwibawa dalam bidang pendidikan dan dakwah serta dipengerusikan oleh empat (4) orang moderator iaitu:
 
Pembentang Kertas Kerja:
 
1.   YBhg. Dr. Haslina binti Ibrahim
       Timbalan Pengarah
       Masjid Sultan Ahmad Shah
       Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
 
2.     YBhg. Tan Sri Prof. Dr. Mohd Kamal Hassan
         Profesor Ulung,
         Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
3.      YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Paduka Dr. Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid
         Dekan Kuliah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan,
         Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
4.      YBhg. Prof. Dato’ Dr. Sidek Baba
          Profesor Pendidikan,
          Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
 
5.       YBhg. Ir. Dr. Hj. Muhammad Fuad Yeoh
           Timbalan Presiden
          Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA)
 
6.       YBhg. Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Hj. Siraj
          Ketua Jabatan Pendidikan Perubatan
          Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)
 
 
Pengulas Kertas Ucaptama:
 
7.      YBhg. Prof. Dr. Badlisham Mohd Nasir
         Pensyarah, Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan,
         Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
 
8.       YBhg. Tuan Hj. Ahmad Azam Abd. Rahman
         Naib Presiden
                   Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
 
Moderator:
 
9.            YBhg. Puan Norliah binti Sajuri
10.         YBhg. Dr. Lokman Ab. Rahman
11.         YBhg. Dr. Nordin Ahmad
12.         YBhg. Prof. Dr. Zulkiple bin Abd. Ghani
 
Konvensyen yang telah bersidang selama sehari ini mendapat sambutan yang begitu memberangsangkan daripada para jemputan. Melengkapkan lagi perjalanan Konvensyen ini, maka pembentangan Resolusi Konvensyen telah disampaikan oleh  YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Konvensyen.
 
Sebanyak 10 gagasan Resolusi yang dicapai dalam Konvensyen tersebut adalah seperti berikut:
 

Pertama      :Menjadikan program dakwah sebagai medium perpaduan di kalangan umat Islam;

Kedua          :Mendokong konsep wassatiyah dalam konteks dakwah

negara melalui penerapan dalam  pelbagai lapisan masyarakat;

Ketiga          : Memperkasa pendakwah negara yang mampu menguasai

pelbagai bahasa bagi menangani isu-isu semasa;

Keempat     : Memperkasa peranan dan penyertaan pendakwah wanita

dengan penumpuan kepada isu-isu kekeluargaan dan pendidikan;

Kelima         : Menerbitkan semula buku `Nahnu Du`a’ La Qudha’    

 (Kami Pendakwah Bukan Hakim) dengan terjemahanBahasa Malaysia dan ulasan berdasarkan isu-isu semasa di Malaysia;

Keenam       : Mengutamakan proses Islah dari dalam diri pendakwah

 dan badan dakwah (organisasi) dengan mengenepikan sentimen luaran yang boleh menggugat  transformasi  dakwah;

Ketujuh        : Memperkasa  kerjasama strategik di antara agensi

Kerajaan, Institusi Pendidikan, Badan Dakwah dan NGO dalam mengatur strategi dakwah;

Kelapan       : Melaksana pengislahan dan gagasan transformasi secara

 terancang dengan pendekatan yang diterima oleh  kumpulan sasar berteraskan risalah ketamadunan, bukan bersifat kepartisan;

Kesembilan  :Menyedarkan pendakwah dan pemimpin negara mengenai

 kepentingan pengislahan sebagai usaha mempertingkat kualiti ummah dalam menghadapi cabaran era globalisasi;

  dan

Kesepuluh    : Meningkat penggunaan dan penguasaan media baru dalam menyampaikan dakwah     

 
Secara keseluruhannya, Konvensyen ini telah berjaya mencapai matlamat penganjurannya. Justeru, Sekretariat Konvensyen ingin merakamkan setinggi - setinggi penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama dan penglibatan menjayakan penganjuran konvensyen. Semoga Konvensyen Pendakwah Negara pada kali ini, telah meninggalkan mutiara berharga kepada para dai’e dan InsyaAllah Konvensyen seperti ini akan terus dilaksanakan secara berterusan di masa-masa akan datang.
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
Sep 12, 2012