KP Jakim Kunjung Hormat Ke atas Tun Abdullah Ahmad Badawi

Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abd Aziz, KP Jakim telah mengadakan kunjung hormat ke atas Y.A.Bhg. Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia. Kunjung hormat diadakan di pejabat Y.A.Bhg. Tun Abdullah di Persiaran Perdana, Persint 3, Putrajaya pada 8 Februari 2010.


Selain untuk bertanya khabar, tujuan pertemuan itu diadakan adalah untuk menyampaikan hasrat Y.Bhg. Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili, ulama’ terkenal di peringkat antarabangsa yang juga merupakan tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan di Malaysia pada tahun 2008M/1430H yang menyampaikan beberapa buah buku hasil karangan beliau kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah melalui KP Jakim.<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />


Pada pertemuan yang berlangsung hampir satu jam itu juga, Y.A.Bhg. Tun sempat memberi pandangan beliau mengenai beberapa isu semasa berkaitan hal ehwal Islam di Malaysia kepada KP Jakim.

Kunjungan Hormat Dato' Ketua Pengarah Jakim ke atas Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Y.Bhg. Dato' Ketua Pengarah Jakim menyerahkan buku karangan Y.Bhg. Prof. Dr. Wahbah Mustafa al-Zuhaili kepada Y.A.Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Y.A.Bhg. Tun ketika meluahkan pandangan beliau.