KP Jakim Rai Siswa Baru Program Ijazah USIM-DQ

11 September 2012 - Seramai 23 orang pelajar baru Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran Dan Sunnah Dengan Kepujian Secara Kerjasama Dengan USIM telah diraikan dalam satu Majlis Sambutan Pelajar Baru yang diadakan hari ini di Auditorium Syeikh Mohd Nor.

Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha dalam ucapannya mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelajar baru yang terpilih untuk mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Quran dan Sunnah. Beliau juga menyeru agar para pelajar yang terpilih ini mensyukuri nikmat dan peluang yang dikurniakan oleh Allah SWT.

 “Bukan mudah untuk mengekalkan hafazan al-Quran, apatah lagi berisitiqamah dalam menjaga hafazan. Semoga dengan penempatan saudara-saudari sekalian di Darul Quran ini mampu memberi kesan terhadap motivasi dan tekad untuk menjaga hafazan."  tambah beliau lagi.

Mengulas berkenaan perakuan akreditasi bagi program Ijazah yang dijalankan di Darul Quran, Y.Bhg. Dato’ Haji Othman bin Mustapha memberitahu bahawa pihak MQA telah pun mengiktiraf program tersebut.

 Hadir sama dalam majlis tersebut ialah, Us. Che Mat bin Deraman, Pendaftar Darul Quran, Us. Abdul Kodir bin Sallah, Timbalan Pengarah (Akademik), Hajjah Zawanah binti Mohamad, Timbalan Pengarah (Ijazah) dan Us. Mat Lazim bin Hassan, Ketua Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar.

 

web-DSC_3341

web-DSC_3391
 

web-DSC_3409

web-DSC_3424

web-DSC_3432

web-DSC_3434
Foto: Muktasyaf Ibrahim AnNamir

Tarikh: 
Sep 13, 2012