Kunci Sinar Harapan

 
 
Program Rakan Setia Komuniti 2013 (RSK) anjuran JAKIM melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) bertandang ke Negeri Kedah. Pusat Latihan AADK, Sungai Petani telah menjadi pilihan bagi program RSK kali ini. Program ini berlangsung pada 22 hingga 24 Mac 2013 dengan kerjasama AADK Negeri Kedah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Pejabat Kesihatan Negeri Kedah dan PEMADAM Negeri Kedah.
 
Program ini telah dirasmikan oleh Tuan Syeikh Ismi Anuar bin Abd Halim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah.. Majlis Perasmian ini juga turut dihadiri oleh Ustaz Zakuan bin Sawai KPPK Bahagian KSK JAKIM, Encik Hakimi bin Hamidon, Pengarah AADK Negeri Kedah, Pengarah Pusat Latihan AADK Sungai Petani dan wakil-wakil AADK negeri dan daerah.
 
Peserta program kali ini terdiri dari Orang Kena Pengawasan (OKP) sekitar negeri Kedah. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran tentang kerohanian iaitu penerapan ilmu agama melalui ceramah serta kuliah maghrib dan subuh , kesedaran tentang HIV/AIDS dan kehidupan bermasyarakat.
 
Di samping itu juga, JAKIM dengan kerjasama Dagang Asia.net telah menjalankan sesi temuduga bagi memberi peluang pekerjaan kepada peserta program tersebut.
 
Melalui kesedaran dan peluang pekerjaan kepada mereka menerusi program ini, JAKIM berharap agar semua peserta dapat berubah  dan meningkatkan taraf hidup serta memberi impak positif dalam diri mereka.
 
Rakan Setia Komuniti (RSK) akan diteruskan di negeri Pulau Pinang
 
 
Majlis Perasmian Program yang Telah Disempurnakan Oleh Tuan Syeikh Ismi Anuar bin Abd Halim, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pentadbiran Undang-undang Keluarga Islam, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Mewakili Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.
 
 
 
 
 
Ceramah Oleh Kementerian Kesihatan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, PEMADAM dan PRS AADK
 
 
 
 
 
Solat Berjemaah serta Kuliah Subuh dan Maghrib
 
 
 
Sesi Temuduga
 
 
Penyampaian Sijil Kepada Peserta
 
 
Bergambar Kenang-kenangan
 
  
Tarikh: 
Mar 27, 2013