Kunjung Hormat Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim Ke Bahagian Pembangunan Modal Insan JPA

Pada 20 Februari 2012, Jam 2.30 petang YBhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim, telah mengadakan kunjung hormat ke Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Turut hadir ialah Puan Hajah Pauzaiyah bt. Haron, Pengarah ILIM, Encik Masri bin Razali, Pengarah Bahagian Sumber Manusia dan Pegawai dari Darul Quran dan Bahagian Pembangunan Insan. 
 
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Tajudin bin Don, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan bersama 3 orang Pegawai lagi iaitu YBhg. Datin Rosslina binti Ahmad Mokhtar, Encik Rosli bin Bidin dan Encik Mohd. Fadli bin Abd. Hamid.
 
Pelbagai isu telah dibincangkan dalam pertemuan ini antaranya peluang untuk Pegawai Hal Ehwal Islam mengikuti kursus di luar negara dibawah tajaan JPA, Program Usrah Ramadhan dan pengiktirafan Sijil Tahfiz Malaysia yang dikeluarkan oleh Darul Quran Jakim. Pihak JPA bersedia membantu Jakim bagi mendapatkan pengiktirafan Sijil Tahfiz tersebut.
 
Dikesempatan itu juga YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim menyampaikan ucapan terima kasih di atas peluang latihan yang telah diberikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam mengikuti Kursus Khas Hal Ehwal Islam di Muslim College London, Kursus Pengurusan Dakwah & Pengendalian Fatwa di Mesir dan peruntukan khas di bawah ILA kepada ILIM dan Pusat-pusat Latihan Jakim. Pertemuan tersebut berakhir pada jam 3.15 petang dengan penyampaian cenderahati.
 
Kunjungan tersebut telah disambut oleh YBhg. Dato’ Mohd Tajudin bin Don.
 
 
Pelbagai isu telah dibincangkan dalam pertemuan in
 
 
Dikesempatan itu juga YBhg. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim menyampaikan ucapan terima kasih di atas peluang latihan yang telah diberikan kepada Pegawai Hal Ehwal Islam.