Kunjungan Rasmi Naib Canselor UNITEN ke Darul Quran.

 

13 JUN 2012 - Darul Quran JAKIM telah menerima lawatan dari Universiti Tenaga Nasional (UNITEN). Sesi perbincangan diadakan di Dewan Syura, Darul Quran.

Seramai 12 orang pegawai-pegawai kanan hadir dalam lawatan ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk menjalin perhubungan di antara UNITEN dan Darul Quran. JAKIM dan UNITEN akan melaksanakan Program Pengajian Pensijlan Tahfiz yang melibatkan pelajar bagi kursus kejuruteraan.

Selain tayangan video korporat Darul Quran, peserta lawatan juga diberi taklimat ringkas berkaitan dengan peranan dan program Darul Quran oleh Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran.

Turut hadir dalam sesi perbincangan ini ialah YBhg. Dato’ Seri Prof. Mashkuri bin Yaacob, Naib Canselor UNITEN, Y.Bhg. Prof. Ir. Dr Ibrahim bin Hussein, Timbalan Naib Canselor (Akademik & Penyelidikan) Y.Bhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Pengarah Darul Quran, Y.Bhg. Dr. Nordin bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Pembangunan Insan, Ustaz Che Mat bin Che Deraman, Pendaftar Darul Quran serta Ustaz Abdul Kodir bin Sallah, Timbalan Pengarah Akademik.

fb-DSC_7595

fb-DSC_7599

fb-DSC_7609

fb-DSC_7613

fb-DSC_7620

fb-DSC_7629

fb-DSC_7638

fb-DSC_7640

fb-DSC_7648

fb-DSC_7650

fb-DSC_7653

fb-DSC_7659

fb-DSC_7663

fb-DSC_7664

FOTO: Muktasyaf Ibrahim AnNamir.