Kursus Bina Insan Kementerian Kesihatan Malaysia

Bahagian Khidmat Pengurusan, Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama ILIM Wilayah Timur, Besut, Terengganu telah berjaya mengadakan Kursus Bina Insan bagi Kementerian ini pada 2 hingga 4 November 2010 bertempat di ILIM Wilayah Timur, Besut, Terengganu.
 
Peserta kursus kali ini terdiri daripada kakitangan kumpulan sokongan gred 1 hingga 40 yang mewakili setiap bahagian di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Objektif kursus ini ialah:
 
1. Memberi pengenalan terhadap konsep kelebihan dan kesempurnaan manusia yang dipilih sebagai pentadbir alam.
 
2. Membentuk generasi yang berperibadi unggul serta memiliki keutuhan budaya dan moral yang tinggi.
 
3. Membentuk daya fikir ‘Ulul Albab” dan focus kepada matlamat dan hala tuju pembangunan Negara.
 
4. Membentuk Ummah yang menumpukan pembangunan rohani dan jasmani secara berimbang.
 
Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta termasuk dua orang peserta yang bukan beragama Islam. Pengisian kursus ini meliputi iktibar kehidupan, wasiat iman, azam dan janji, latihan dalam kumpulan, riadhah dan lain-lain. Kursus yang diuruskan oleh Kader Post JAKIM ini iaitu Ustaz Mahdi Al-Hilmy Bin Arshad dan Ustazah Razinah Binti Akop telah berjaya memberi kesedaran kepada peserta untuk mencapai empat objektif yang disebutkan.
 
Majlis penutup kursus dan penyampaian sijil telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dr. Mohd Mohadis bin Yasin; Pengarah ILIM, Wilayah Timur, Besut, Terengganu. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan terima kasih kepada pihak ILIM Besut, tenaga penceramah, fasilitator, para peserta, urusetia dan semua yang menjayakan kursus ini. 
 
 
Peserta Kursus Bina Insan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
 
Aktiviti Dalam Kumpulan.
Antara Urusetia Kursus.
Slot 'Ice Breaking'.
Penyampaian Sijil Penyertaan oleh Pengarah ILIM Wilayah Timur.