Kursus Haji Bersiri di Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya dengan kerjasama Tabung Haji akan menganjurkan Kursus Haji Bersiri bermula dari 26 Mac 2006 sehingga 23 Julai 2006 (16 Siri) dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tgh. bertempat di Masjid Putra, Putrajaya.

Kursus ini dipimpin oleh Y.Bhg. Al-Fadhil Us. Hj. Zahazan B. Mohamed dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Penyertaan terbuka kepada seluruh Kaum Muslimin dan Muslimat dengan Yuran pendaftaran sebanyak RM50.00 seorang.

'SELURUH KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR'

Sebarang pertanyaan sila hubungi Unit Pengajian Dewasa Masjid Putra, Putrajaya di talian: 03-88885678