Kursus Komitmen Imam Masjid Kariah Bahagian Limbang

Bahagian Kemajuan Islam, JAKIM telah berjaya menganjurkan Kursus Komitmen Imam Masjid Kariah, Bahagian Limbang, Sarawak pada 12 hingga 14 Jun 2012 bertempat di Pusat Latihan Lawas, Sarawak. Seramai 80 orang peserta terdiri daripada Imam-Imam Masjid Kariah Daerah Limbang dan Lawas telah menghadiri kursus yang telah diadakan selama 3 hari.
 
Kursus ini telah memberi keutamaan dengan memfokuskan kepada kemahiran berkhutbah dan kemahiran imam dalam bacaan solat. Antara pengisian dalam kursus tersebut ialah, Pengurusan dan Pengimarahan Masjid oleh Ustaz Mohd Ajib bin Ismail, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Kemajuan Islam JAKIM, Kaedah Pengurusan Masjid/Surau Negeri Sarawak oleh Ustaz Morshidi bin July, Penolong Pengarah JAIS, Penyampaian Khutbah Berkesan oleh Ustaz Awang Abdul Rahim bin Awang Rosli, Penolong Pegawai Tadbir Agama Bahagian Limbang, Isu dan Permasalahan Solat oleh Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah JAIS dan Tahsin Bacaan Solat oleh Ustaz Awangku Omar, Imam Bahagian Bintulu. Program tersebut turut menekankan praktikal penyampaian khutbah, bacaan imam, pemahaman tentang enakmen pengurusan masjid dan juga isu-isu semasa berkaitan pengimarahan masjid.
 
Program tersebut turut diadakan lawatan dan program bersama masyarakat setempat di Masjid Daerah Lawas dan Masjid Nur Islam Kuala Lawas. Dua orang peserta telah dianugerahkan Tokoh Imam Cemerlang iaitu, Tuan Haji Umar bin Haji Jumat Imam 1 Masjid Kampung Pahlawan Limbang dan Tuan Haji Othman bin Haji Damit Imam 1 Masjid Nur Islam, Kuala Lawas.
 

Majlis perasmian penutupan telah disempurnakan oleh YB. Dato’ Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Menteri Sumber dan Alam Sekitar, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak. Turut hadir dalam program tersebut ialah Tuan Haji Razali Bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM, Tuan Haji Abang Shamshudin bin Abang Seruji, Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak dan Tuan Haji Abdul Hamid bin Mohamad Salleh Pengarah JAKIM Cawangan Sarawak.

Ucapan perasmian oleh YB. Dato’ Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan, Menteri Sumber dan Alam Sekitar, Menteri Kemudahan Awam dan Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri Sarawak.

Sesi soal jawab peserta dengan penceramah
 
 
Peserta Kursus Komitmen Imam Masjid Kariah, Bahagian Limbang, Sarawak (Daerah Limbang dan Lawas)

 
Ceramah disampaikan oleh Ustaz Haji Khalidi bin Haji Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah JAIS di Masjid Nur Islam Kuala Lawas.