Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru KAFA Perlis 2009

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Jakim dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perlis telah mengadakan Kursus Pengajaran & Pembelajaran Guru KAFA Perlis 2009 pada 17-20 Mac 2009 bertempat di Hotel Brasmana Putra, Kuala Perlis. Seramai 3 orang penyelia dan 53 orang guru-guru KAFA telah menyertai kursus tersebut. Majlis perasmian kursus tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis iaitu Tuan Hj. Abdul Malik bin Hussin. Turut hadir sama semasa majlis itu ialah KPP Bahagian Pendidikan Islam Negeri Perlis.

Antara objektif kursus tersebut ialah meningkatkan integriti guru-guru KAFA berkaitan isu-isu semasa dan mendedahkan teknik P&P terkini kepada guru-guru KAFA dalam bidang pendidikan serta menjadikan para pendidik sebagai agen modal insan yang berkualiti. Antara slot-slot yang dimuatkan dalam kursus P&P kali ini ialah Penulisan Rancangan Mengajar (RPH) oleh Ustazah Fadziah bt Musa,Pengajaran Makro-Mikro oleh Ustaz Abu Hisyam bin Yusof dan Kaedah Ejaan Jawi oleh Ustazah Fadilah bt Mustapa.

Majlis diakhiri dengan majlis penyampaian sijil kepada para peserta oleh Y. Bhg. Ustaz Mat Rus bin Yunus, KPP Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam. Kedua-dua pihak berharap agar kerjasama yang lebih erat pada masa akan datang.

Para peserta tekun mendengar ceramah

Penceramah menyampaikan slot ceramah bertajuk 'Kaedah Ejaan JAWI'

KPP KAFA menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus

Antara barisan urusetia yang menjayakan Kursus P&P Guru-guru KAFA Perlis