Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1 dan 2 Anjuran Bersama Masjid Negara, SMK Dato' Onn dan PTPTN

Kuala Lumpur, - Baru-baru ini, Masjid Negara melalui Unit Perkhidmatan Sosial telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1 dan 2 yang bertempat di Dewan Syarahan Utama Masjid Negara. Kursus ini adalah dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn dan telah berlangsung dengan jayanya pada 18 Jun 2011. Manakala bagi Siri 2, diadakan pada 25 Jun 2011, merupakan anjuran bersama Biro Kerohanian, Kelab Sukan Dan Kebajikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

 

 

Objektif kursus adalah untuk memberi kefahaman kepada para peserta tentang tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah samada lelaki atau perempuan. Disamping itu, ianya bertujuan agar ilmu ini tidak pupus, dapat disampaikan serta difahami golongan muda dan tidak terhad kepada golongan tua sahaja seperti kebiasaannya.


Seramai 96 peserta dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Onn dan 46 orang peserta dari PTPTN. Program bermula pada jam 8.30 pagi, diisi dengan pelbagai segmen teori dan praktikal, kemudiannya berakhir pada jam 5.00 petang.

Bagi Siri 1, penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Nazar bin Ibrahim dan dibantu oleh Ustaz Firdaus bin Mat Saat, Ustazah Rozeeta binti Mat Saad dan Ustazah Norhalimi binti Che Pi. Manakala bagi Siri 2, tenaga penceramah jemputan adalah Ustaz Mohd Marngi bin Wasim dan dibantu oleh Ustazah Kamisah binti Ismail. Diakhir kursus para peserta telah diberi sijil penyertaan.

Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dan diamalkan agar tuntutan fardhu kifayah ini dapat dipelihara serta dapat diambil iktibar darinya. Wallahu'alam.

 

SMK DATO' ONN

PTPTN

 

Groups: