Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2006 di Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya telah menganjurkan Kursus Pengurusan Jenazah Siri 1/2006. Kursus ini telah dikendalikan oleh Unit Perkhidmatan Sosial, Bahagian Pengimarahan Masjid Putra.

Kursus Pengurusan Jenazah kali ini telah disertai oleh penduduk Putrajaya dan sekitarnya seperti Puchong, Bangi, Kajang dan Serdang. Ianya telah berjaya dilaksanakan dengan teratur sebagaimana yang dirancangkan.