Kursus Protokol dan Etiket Sosial Pegawai JAKIM Siri Ke-3

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Kursus Protokol dan Etiket Sosial Pegawai JAKIM Siri Ke 3 Tahun 2007M/ 1428H telah dijalankan pada 10 hingga 13 Disember 2007 bertempat di Hotel Emperor, Jalan Munshi Abdullah, Melaka.

Antara tajuk ceramah yang telah diberikan seperti Ketrampilan Diri, peranan Pegawai Protokol, Protokol Dalam Pengendalian Majlis Rasmi, Protokol Antarabangsa Dan Majlis Makan Beradat.

Penceramah jemputan ialah Puan Maimun binti Shamsuddin dan Encik Hishamuddin bin Ibrahim dari Kementerian Luar. Peserta-peserta kursus telah didedahkan dengan pelbagai aspek protokol dan etiket sosial samada secara teori iaitu melalui sesi ceramah dan bahan-bahan ceramah, praktikal melalui penglibatan secara langsung peserta-peserta kursus seperti cara pemakaian, cara komunikasi dan juga cara mengendalikan sesuatu majlis rasmi.

Semasa sesi makan beradat, mereka telah diberi tunjuk ajar mengendalikan majlis daripada ketibaan tetamu sehinggalah kepada majlis makan beradat dengan kaedah dan tertib yang betul. Para peserta juga telah diberikan tunjuk ajar berkenaan tugasan sebagai dari Pengacaraan majlis sehinggalah kepada tetamu kenamaan.

Upacara penutup telah disempurnakan oleh Tuan Haji Sumali bin Amat, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM. Beliau turut mencadangkan supaya kursus pada masa akan datang diberi keutamaan kepada kakitangan JAKIM gred 27 kebawah seperti petugas kaunter dan pemandu yang mana mereka merupakan barisan hadapan dalam pentadbiran jabatan. Mereka perlu diberi tunjuk ajar cara melayan tetamu dan pelanggan dan dapat berpekerti mulia menurut ajaran agama kita.

Seramai 23 orang peserta telah menerima sijil penyertaan ketika majlis penutup. Kursus ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu memberi pendedahan kepada para pegawai JAKIM berkenaan dengan elemen-elemen protokol dan etiket dalam mengendalikan majlis rasmi.

Adalah diharapkan juga, segala ilmu dan pengetahuan yang diterima dapat memantapkan para pegawai JAKIM semasa menjalankan tugas dan seterusnya dapat menaikkan dan mengharumkan nama JAKIM.