Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H/2013M

Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1434H/2013 telah diadakan di Hotel Midah, Kuala Lumpur bermula 13 hingga 16 Mei 2013. Kursus ini telah dihadiri oleh 48 orang qari dan qariah dari kalangan Johan dan Naib Johan peringkat negeri diseluruh Malaysia.
 
Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran para peserta yang merangkumi bidang Tajwid, Fasohah, Tarannum dan Seni Suara sebagai persiapan yang terakhir untuk semua peserta yang akan mengikuti Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan. Empat slot ceramah dan bengkel telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu Dato’ Haji Solahuddin bin Omar, Dato’ Haji Muhamad bin Hasri, Dato Haji Ahmad Faizul bin Ghazalidan Tuan Haji Abdul Rahim bin Ahmad.
 
Setiap qari dan qariah yang mewakili negeri akan mengikuti ujian bagi penilaian kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Kebagsaan pada kali ini. Berikut adalah keputusan ujian Tahsin Bacaan al-Quran yang telah dilaksnakan sempena kursus sebagaimana berikut:
 
BIL
NAMA PESERTA
SURAH
AYAT
TARANNUM WAJIB
MARKAH
1
MOHD MAWARDI BIN JAMALUDIN(PERLIS)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
89
2
HAJAH ROHANI BINTI ABD SHUKOR(NEGERI SEMBILAN)
AL - IMRAAN
14 – 18
BAYATI DAN RAST/JIHARKAH
77
3
ZULHASHIMI BIN MOHAMED YUNUS( PAHANG)
AL- AN’AM
59 – 63
BAYATI DAN SIKAH/HIJAZ
88
4
NORHASHIMAH BT MARZUKI
(SARAWAK)
AL-ANFAL
24 – 27
BAYATI DAN JIHARKAH/RAST
82
5
SHAMSUL BIN ABU HASAN ALSHAARI(SELANGOR)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
86
6
CHE MINAH BT AWANG (KELANTAN)
AL - IMRAAN
14 – 18
BAYATI DAN RAST/JIHARKAH
86
7
AB AZIZ BIN IBRAHIM
 (JOHOR)
AL- AN’AM
59 – 63
BAYATI DAN SIKAH/HIJAZ
81
8
MARZIAN BT MOHD DELI
(KEDAH)
AL - IMRAAN
14 – 18
BAYATI DAN RAST/JIHARKAH
84
9
ANUAR BIN HASIN
 (PERAK)
AL- AN’AM
59 – 63
BAYATI DAN SIKAH/HIJAZ
93
10
SOFIZAH BINTI MAUSIN
(SABAH)
AL-ANFAL
24 – 27
BAYATI DAN JIHARKAH/RAST
89
11
FAHRUR RAQIB BIN ABDUL MAJID(MELAKA)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
80
12
AFIZAN BIN WANKEE
(SABAH)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
85
13
FAKHRUL RADHI BIN KHMARUDDIN (KEDAH)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
88
14
HAJJAH SITI MAS BT SEMAIL
 (TERENGGANU)
AL - IMRAAN
14 – 18
BAYATI DAN RAST/JIHARKAH
85
15
ZULKIFLI BIN HAJI HARUN
 (KELANTAN)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
89
16
NORFAIZAH BT PANUT
 (SELANGOR)
AL - IMRAAN
14 – 18
BAYATI DAN RAST/JIHARKAH
85
17
HADI BIN MOHAMMAD SHARKAWI (SARAWAK)
AL- AN’AM
59 – 63
BAYATI DAN SIKAH/HIJAZ
84
18
HANIMZAH BT JALALUDIN
( PAHANG)
AL-ANFAL
24 – 27
BAYATI DAN JIHARKAH/RAST
85
19
HAJI AMIRAHMAN BIN ABAS
(NEGERI SEMBILAN)
AN-NISA
16 – 19
BAYATI DAN SOBA/JIHARKAH
94
20
SARINA BT CHE YAHAYA
 (PERLIS)
AL - IMRAAN
14 – 18
BAYATI DAN RAST/JIHARKAH
85
 
Berikut adalah di antara qari dan qariah yang mendapat markah yang cemerlang.
 
Kategori Qari
1.      Haji Amirahman bin Abas (Negeri Sembilan) : 94%
2.      En. Anuar bin Hasin  (Perak) : 93%
3.      En. Mohd Mawardi bin Jamaludin (Perlis) : 89%
 
Kategori Qariah
1.      Cik Sofizah binti Mausin (Sabah) : 89%
2.      Puan Che Minah binti Awang (Kelantan) : 86%
3.      Puan Sarina binti Che Yahaya (Perlis) : 85%
 
Perasmian penutupan kursus ini telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Abu Zamir bin Ismail, Pengarah, Bahagian Perhubungan Jakim. Dalam ucapannya, beliau menegaskan perlunya para peserta terus mempertingkat ilmu dalam kemahiran dan kualiti pembacaan al-Quran bersesuaian dengan kitab al-Quran adalah Wahyu Allah kepada seluruh manusia. 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
May 13, 2013