Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Utara

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Seramai 30 peserta hadir mengikuti kursus ini, mereka terdiri 16 qari dan 14 qariah dari negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />Para peserta telah dibimbing oleh seramai empat orang penceramah/fasilitator yang berpengalaman dalam bidang al-Quran, mereka ialah:

1. Y. Bhg. Dato’ Sheikh Mohd Nor Bin Mansor

Imam Besar Masjid Negeri, Ipoh, Perak Darul Ridzuan

2. Y. Bhg. Sheikh Haji Roslan Bin Haji Abdul Halim

Imam Besar Masjid Zahir Alor Setar, Kedah Darul Aman

3. Y. Bhg. Tuan Haji Che Yahya Bin Daud

Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 1999

4. Y. Bhg. Tuan Haji Radzi Bin Kamarul Hailan

Bekas Johan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa Tahun 2000 dan 2004

Kursus ini bertujuan memantapkan kefahaman dan kemahiran peserta mengenai mutu bacaan al-Quran dan aspek-aspek lain yang berkaitan dengan tilawah al-Quran, khususnya penguasaan dalam bidang Tajwid, Tarannumm, Fasohah dan Seni Suara.

Majlis Penutup Dan Penyampaian Sijil kursus tersebut berlangsung pada 26 Oktober 2007 dan telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Tuan Hj. Mohd Yusop bin Hasan, Pengarah Bahagian Keurusetiaan Dan Perhubungan Antarabangsa, JAKIM.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan bahawa kursus ini merupakan salah satu usaha kerajaan Malaysia untuk melahirkan generasi qari dan qariah pelapis yang bermutu dan berwibawa dalam menghadapi arus perkembangan seni tilawah al-Quran masa kini. Beliau juga berharap kursus seperti ini akan terus menarik minat masyarakat Islam kepada seni tilawah al-Quran khususnya di kalangan generasi muda.