Kursus Tahsin Bacaan Al-Quran Peringkat Zon Utara Tahun 1434H/2013M

Pada 27 hingga 30 April 2013, Jakim melalui Bahagian Perhubungan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang telah menganjurkan Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Peringkat Zon Utara yang bertempat di Rainbow Paradise Beach Resort Penang. Seramai 37orang peserta dari negeri Pulau Pinang, Kedah dan Perlis telah menyertai kursus ini.
 
Kursus yang dianjurkan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran bacaan al-Quran para qari dan qariah  yang mempunyai potensi dalam bidang bacaan al-Quran merangkumi bahagian Tajwid, Fasohah, Tarannum dan Seni Suara.  Empat slot bengkel latihan amali secara intensif dan dua slot ujian telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator yang berpengalaman iaitu Al-Fadhil Ustaz Haji Sheikh Roslan bin Abd.Halim, Al-Fadhil Ustaz Haji Othman Azumi bin Ahmad, Al-Fadhil Ustaz Alauddin Bin Abu Bakar, dan YBhg. Puan Hajah Hajah Pasiah Binti Hasim.
 
Ujian penilaian kursus dilaksanakan pada 29 dan 30 April 2013, semua peserta Kursus Tahsin Bacaan al-Quran Zon Selatan telah menduduki ujian Tahsin Bacaan al-Quran yang ditetapkan. Berikut adalah diantara qari dan qariah yang telah mencapai markah yang cemerlang.
 
Kategori Qari
1.      En. Yusri bin Abd Rahim (93%)
2.      En. Mohd Termizi bin Mustaffa (91%)
3.      En. Mohammad Alwi bin Abd Rahman (91%)
 
Kategori Qariah
1.      Puan Marzian binti Mohd Deli (94%)
2.      Cik Awatif binti Abd Majid (93%)
3.      Puan Hajjah Che Noliah binti Haji Saidin (92%)
 
Ucapan aluan telah disampaikan oleh YBhg Tuan Haji Abu Zamir bin Ismail, Pengarah Bahagian Perhubungan Jakim manakala Perasmian Penangguhan Kursus Tahsin al-Quran Peringkat Zon Utara pada kali ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato’ Haji Sazali bin Haji Hussein, Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan turut hadir dalam majlis tersebut ialah wakil Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, pegawai-pegawai dari Jabatan Agama Islam Pulau Pinang dan Jakim. 
 
 
 
 
 
 
 

        
 
 
 
 
 
 
 
 
 

  
Tarikh: 
Apr 27, 2013