Kursus Training Of Trainer Modul Kursus Smart Integriti Berjaya Melahirkan Fasilitator

Cawangan Inovasi dan Ketamadunan, telah mengadakan Kursus Training Of Trainer (ToT) Modul Kursus SMART Integriti pada 13- 16 Februari 2012, bertempatdi Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
 
Perjalanan kursus  selama 4 hari 3 malam dengan penyertaan peserta seramai 43 orang yang terdiri di kalangan pegawai-pegawai JAKIM dari Ibu Pejabat Putrajaya, Wakil Pusat Latihan seperti ILIM Bangi, ILIM Wilayah Timur, ILDAS, JAKIM Caw Sabah dan Pegawai Kader JAKIM di Kementerian.
 
Sepanjang kursus ToT para peserta diberi pendedahan mengenai objektif Modul Kursus Smart Integriti khususnya usaha JAKIM untuk Mentransformasikan Integriti Perkhidmatan Awam melalui pendekatan keagamaan dan penghayatan nilai-nilai murni. Di sepanjang kursus ini juga para peserta banyak didedahkan dengan proses simulasi terutama mengendalikan aktiviti-aktivti bersifat outdoor dan slot penghayatan bagi mengenal pasti peserta yang berpotensi dan berbakat sebagai fasilitator dalam mengendalikan modul.
 
Sementara itu, Ustaz Mohamad Shukry bin Sulaiman dalam ucapannya selaku penghulu kursus telah memuji usaha JAKIM, khususnya pendekatan inovasi terhadap Modul Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam (PIPA) telah berjaya menyediakan modul yang amat berkesan sebagai metod dakwah pada masa kini yang mampu menyedarkan jiwa para peserta peri pentingnya menghayati dan mengamalkan nilai-nilai integriti. Terutama integriti dengan yang maha pencipta.
 
Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Razali bin Shahabudin, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM. Antara  ucapannya beliau menjelaskan  objektif kursus adalah untuk melahirkan pasukan fasilitator yang dapat membantu JAKIM menggerakkan pelaksanaan modul kursus yang begitu mendapat sambutan di pelbagai peringkat kementerian dan agensi. Oleh itu, adalah menjadi harapan pihak JAKIM agar para peserta yang mengikuti kursus ToT ini bersedia menjadi tenaga fasilitator. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta di atas komitmen dan kesungguhan yang telah ditunjukkan di sepanjang kursus ToT.