Bahagian Latihan JAKIM, Aras 3, Blok 2200, Enterprise Three Building, Persiaran APEC, 63000 Cyberjaya, Selangor.
No Tel : 03-88864000   No. Fax : 03-8889 2024
 
LAMAN UTAMA
UCAPAN PENGARAH
SEJARAH
PROFIL
DIREKTORI


Fungsi utama Bahagian ini ialah merangka, menyedia dan menilai modul / kurikulum latihan di Pusat-pusat Latihan serta Pusat Pengajian Akademik JAKIM. Fungsi lain ialah memproses pengambilan pelajar Diploma Darul Quran JAKIM dan menyelaras peringkat Persijilan yang dikendalikan oleh Darul Quran dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Bahagian ini juga bertanggungjawab mengendalikan urusan pengiktirafan pengajian diploma Darul Quran dan Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di dalam atau luar negara. 

Mengurus kebajikan pegawai dan kakitangan kader post JAKIM khususnya dari aspek latihan juga termasuk dalam bidang tugas Bahagian ini.

VISI

Menghasilkan Sumber Manusia

Yang Dinamik, Cekap Dan Berwawasan

Sejajar Dengan Wawasan Negara Dan Ummah

 

MISI

Melaksanakan Program

Latihan Secara Profesional, Menyeluruh Dan Berkesan

  

OBJEKTIF

Merancang Dan Melaksanakan Program Latihan

Ke Arah Melahirkan

Kepimpinan Dan Tenaga Pengurusan

Yang Terlatih, Berketerampilan, Dedikasi Dan Berhikmah

 

FUNGSI UTAMA

 

a                 Mengkaji, Merangka Dan Membangun Modul/Kurikulum Latihan

Pengurusan Hal Ehwal Islam Dan Pengajian Akademik;

a                 Melaksana Dan Menyelaras Program Latihan Dalam Perkhidmatan

Bagi Skim Perkhidmatan Hal Ehwal Islam;

a                 Merancang Dan Menyelaras Keperluan Latihan Pengurusan Hal Ehwal Islam

di JAKIM, JAIN Dan Agensi-Agensi Berkaitan;

a                 Mengurus Proses Pengambilan Pelajar-Pelajar Baru Peringkat Sijil dan

Diploma Di Pusat-Pusat Pengajian Akademik JAKIM (Darul Quran dan IKMAS);

a                 Mengurus Permohonan Pengiktirafan Pengajian Pusat-Pusat Pengajian Akademik 

            JAKIM ( Darul Quran dan IKMAS );

a                 Membuat Kajian Penilaian Keberkesanan Program Latihan Dan Program Pengajian 

            Akademik Yang Dilaksanakan; dan

a                 Mengurusetiakan Bengkel/Kursus/Muzakarah Dan Mesyuarat Jawatankuasa

           Berkaitan Latihan