Lawatan Kerja Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn, Thailand

24 Julai 2012 – Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin amat bertuah kerana menerima lawatan kerja Her Royal Highness Princess Maha Chakri Siridhorn Thailand bersama dengan 40 ahli rombongan. Turut hadir di majlis itu ialah Tan Sri Samsuddin Bin Osman; Pengerusi Perbadanan Putrajaya bersama Duta Thailand. Rombongan tersebut telah disambut oleh YBhg. Tuan Haji Hazarudin bin Baharudin; Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya bersama pegawai-pegawai masjid.
 
Princess juga telah diberikan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Mahmood bin Ahmad daripada  Islamic Outreach Abim MTMZA. Di antara kandungan taklimat yang telah diberikan ialah berkaitan dengan sejarah senibina masjid, pengurusan masjid serta aktiviti yang dijalankan. Taklimat turut menyentuh berkaitan keunikan Islam sebagai agama persekutuan di Malaysia.  Princess amat gembira dapat melihat sendiri keindahan masjid ini dengan reka bentuk yang amat unik berbanding dengan masjid–masjid yang lain. Beliau juga kagum apabila dimaklumkan bahawa masjid ini dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya.
 
Diakhir lawatan itu juga pihak istana Thailand dan pihak kedutaan amat berbesar hati dan berpuas hati dengan layanan serta kemeriahan sambutan yang telah diberikan. Sebelum beliau bertolak balik, para pegawai Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan tetamu kehormat telah mengabadikan kenangan dengan bergambar di lobi utama. Pihak Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama pihak istana turut bertukar-tukar cenderamata sebagai tanda kenang kenangan. Seterusnya rombongan princess bertolak ke lokasi seterusnya iaitu Masjid Putra pada jam 5.35 petang.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh: 
Aug 07, 2012