Lawatan Naib Mufti Mesir Bersama Delegasi ENHANCING ARAB CAPACITY For TRADE (EnACT) MESIR Ke JAKIM
LAWATAN NAIB MUFTI MESIR BERSAMA DELEGASI ENHANCING ARAB CAPACITY FOR TRADE (EnACT) MESIR KE JAKIM
Pada 10 Julai 2012 lepas, Naib Mufti Mesir, Sahibus Samahah Dr Mohamed Anwar Shalaby merangkap Pengerusi Darul Ifta’ Mesir berserta delegasi Enhancing Arab Capacity For Trade (EnACT) yang terdiri daripada wakil The Egyptian Organization for Standardization and Quality Control (EOSQ), badan kerajaan yang membangunkan standard dan pensijilan halal di Mesir dan para usahawan negara tersebut telah mengadakan lawatan kerja ke JAKIM yang bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut fungsi Bahagian Hab Halal Jakim terutamanya dalam bidang pensijilan Halal Malaysia.
Pertemuan telah dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Dasar JAKIM, Tuan Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim dan turut disertai oleh Pengarah Bahagian Hab Halal, Puan Hakimah binti Mohd Yusoff serta pegawai-pegawai JAKIM yang lain.
Satu sesi penerangan mengenai fungsi Bahagian Hab Halal JAKIM telah disampaikan oleh Pengarah Bahagian Hab Halal dan disusuli dengan soal jawab oleh delegasi. Majlis diteruskan dengan penerangan berhubung fungsi The Egyptian Organization for Standardization and Quality Control (EOSQ) selaku badan yang dipertanggungjawabkan untuk membangunkan standard dan pensijilan halal di Mesir. Pelbagai isu yang berbangkit dibincangkan dan dapat diselesaikan dengan baik.
Pertemuan yang berlangsung dalam suasana yang ceria ini berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar.




Tarikh:
Jul 20, 2012   - Hits : 1233







