Lebaran Baru.........Saiyidul Ayyam 2012

Sempena menyambut tahun baru 2012, Unit Khidmat Sosial Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah telah membuka lebaran tahun baru dengan mengadakan program Pameran dan Jualan Saiyidul Ayyam pada 20 Januari 2012. Program ini merupakan aktiviti bulanan yang akan diadakan sebanyak 12 kali untuk tempoh setahun. Selain itu, program ini turut dimeriahkan lagi dengan adanya kempen derma darah dari Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur. Sebanyak 20 buah gerai telah menyertai program pada siri pertama ini dan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada jemaah serta  pengunjung yang datang. Semoga dengan adanya program seperti ini, usahawan dan para peniaga dapat menambah ekonomi dan memperkenalkan produk masing-masing kepada masyarakat seterusnya menarik lebih ramai jemaah dan pengunjung  untuk datang mengimarahkan masjid.