Aras 5, Blok D7, Parcel D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan W.P. Putrajaya
No Tel : 03-88864000   No. Fax : 03-8889 1996
 
LAMAN UTAMA
UCAPAN PENGARAH
SEJARAH
PROFIL
DIREKTORI
KAFA
SEKOLAH AGAMA

 

Text Box: SEJARAH
Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam adalah satu bahagian yang dinaikkan taraf daripada Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Pada peringkat awal, ia beroperasi sebagai urusetia kepada Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) yang ditubuhkan oleh Majlis Raja-Raja. Mesyuarat Majlis kali yang ke 126 itu telah diadakan pada 24 Februari 1983. Lembaga tersebut diletakkan di Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. Urusetia LEPAI ketika itu mempunyai seorang setiausaha, dua orang penolong setiausaha dan beberapa orang kakitangan rendah. Kemudian pada 1 Januari 1991, urusetia tersebut dikenali sebagai Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.
Selaras dengan peranan Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri yang dinaikkan taraf kepada Jabatan pada bulan Januari 1997 dan dikenali dengan nama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), sementara Cawangan Penyelarasan dan Pembangunan Pendidikan Islam ini juga dinaikkan tarafnya kepada Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam dan Urusetia LEPAI.
Tugas dan tanggungjawab bahagian ini adalah untuk menyelaras dan menyeragamkan Sistem Pendidikan Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah  Agama Negeri dan Rakyat di seluruh Malaysia.
Text Box: