Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan 2012

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan 2012 yang diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada Isnin, 30 Julai 2012 bersamaan 10 Ramadhan 1433H bermula jam 6.30 petang.

Majlis ini dihadiri oleh DYMM. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, YAB. Perdana Menteri Malaysia dan isteri, YB. Menteri Pertahanan, YB. Menteri Dalam Negeri, YBhg. Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Ketua Polis Negara dan YBhg. Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Majlis ini juga turut dihadiri oleh YB. Menteri-Menteri serta YB. Timbalan Menteri Kabinet yang lain.

Selepas Majlis Bacaan Yasin tersebut, para hadirin telah menghadiri Jamuan Berbuka Puasa di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Kira-kira 4,500 orang para jemaah yang menghadiri Majlis tersebut yang berakhir sekitar jam 10.30 malam.

Sebelum itu, pada hari Jumaat, 27 Julai 2012, Solat Fardhu Jumaat dan Khutbah Khas sempena Hari Pahlawan yang bertajuk "Ramadhan Jihad Melawan Nafsu" yang dibacakan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad, Imam Besar Masjid Negara.

Ianya turut dihadiri oleh YB. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Ketua Polis Negara dan YBhg. Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Bilal yang bertugas pada hari tersebut ialah Ustaz Shah Azri bin Ahmad.
 

 

 

Tarikh: 
Jul 30, 2012