Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Menteri di JPM
7 Ogos - Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyalurkan sumbangan zakat Aidilifitri kepada kakitangan 16 agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berpendapatan rendah dan termasuk dalam golongan asnaf. Sebanyak RM 452,600 disumbangkan kepada seramai 1,806 kakitangan dengan setiap mereka menerima RM200. Sumbangan disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP dalam Majlis Iftar Perdana Ramadhan Bersama YB Menteri di JPM 1433H / 2012M yang diadakan di Masjid Negara. MAJLIS IFTAR PERDANA RAMADHAN BERSAMA AGENSI-AGENSI MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI ini melibatkan 13 agensi di bawah menteri yang berjumlah hampir 500 orang. Agensi-agensi tersebut ialah:
1. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
2. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)
3. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
4. Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
5. Jabatan Wakaf, Zakat & Haji (JAWHAR)
6. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)
7. Al-Hijrah Media Corporation
8. Yayasan Waqaf Malaysia
9. Yayasan Dakwah Islamiah (YADIM)
10. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
11. Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
12. Lembaga Tabung Haji
13. International Zakat Organization (IZO)
- Hits : 1262







