Majlis Dialog Penyeragaman Pensijilan Halal Malaysia Antara Jakim dan MAIN / JAIN

Majlis Dialog Penyeragaman Pensijilan Halal Malaysia Antara JAKIM Dan <?xml:namespace prefix = st1 ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:smarttags" />MAIN/ JAIN telah diadakan selama dua hari pada 22 & 23 November 2009 bersamaan 5-6 Zulhijah 1430H di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur.

Majlis ini telah disertai 32 peserta daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Penguam negara, MAMPU dan 28 orang peserta daripada JAKIM.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Dialog ini telah dipengerusikan oleh Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM yang mewakili Y.Bhg. Dato’ Wan Mohamad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz, Ketua Pengarah, JAKIM dan turut sama majlis tersebut Y.Bhg. Mohd Noor bin Abd Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM.

 

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentang dalam majlis tersebut yang berkaitan mekanisma penyeragaman pensijilan halal Malaysia yang disampaikan oleh Ustazah Saimah binti Mukhtar, Pengarah Bahagian Hub Halal, JAKIM, Y.Bhg. En. Hasmi bin Mohamad, Pengarah Perihal Dagangan, KPDNKK dan Y.Bhg. Tuan Haji Mohd Naser bin Mat Disa, Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara.

 

Tujuan utama majlis dialog ini adalah untuk menyelaras pengurusan pensijilan halal Malaysia antara JAKIM dan JAIN/MAIN, perbincangan kunjung hormat JAKIM ke negeri-negeri, perbincangan mengenai sijil halal swasta dan individu, proses mendapatkan maklumat awal dan mengenalpasti halangan dalam penubuhan akta halal serta perbincangan mengubal semula Akta Perihal Dagangan 1972 atau akta yang berkaitan dengan halal.

 

Beberapa keputusan telah dipersetujui dalam majlis dialog ini dengan ketetapan seperti berikut:

 

1. Dialog pada prinsipnya bersetuju dengan cadangan penyeragaman mekanisme pensijilan yang dicadangkan oleh JAKIM melalui konsep pensijilan bersama secara francais. Persetujuan ini membolehkan KPDNKK melaksanakan pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 untuk memberi kuasa kepada Menteri menamakan JAIN dan JAKIM sebagai kompeten autoriti pensijilan halal Malaysia. Bagi maksud ini, JAKIM perlu mengadakan kunjung hormat ke negeri-negeri untuk menjelaskan konsep francais yang dicadangkan iaitu meminta persetujuan negeri menerima pakai standard dan prosedur yang ditetapkan.

 

2. Bagi memantapkan usaha pindaan Akta Perihal Dagangan 1972, JAKIM akan mengemukakan nota kabinet untuk persetujuan Jemaah Menteri memasukkan JAIN sebagai badan pensijilan tunggal bersama JAKIM dalam melaksanakan pensijilan halal MALAYSIA.

 

3. MAIN akan mengeluarkan kenyataan bahawa tidak pernah memberi kebenaran dan mengiktiraf mana-mana pihak pihak kecuali JAKIM dan JAIN menjalankan pensijilan halal di negeri masing-masing dan juga MAIN tidak akan memberi kuasa dan mengiktiraf jika pihak-pihak lain memohon kebenaran untuk menjalankan pensijilan halal di negeri berkenaan. Kenyataan ini memberi kuasa kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan untuk mengambil tindakan undang-undang di bawah APD 1972.

 

4. JAKIM akan menjalankan latihan pemahaman dan pematuhan Standard dan prosedur pensijilan halal Malaysia mengikut keperluan ISO/IEC Guide 65. Latihan juga akan diberikan kepada auditor dan panel pengesahan halal negeri-negeri. Sementara kepada pegawai yang terlibat mengenai aplikasi sistem e-halal, latihan akan diberikan melalui bengkel yang akan diadakan pada 15-17 Disember 2009 di ILIM. Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Melaka merupakan negeri yang bersetuju menjadi perintis aplikasi e-halal dalam mekanisme francais yang dicadangkan.

 

5. JAKIM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan akan bekerjasama untuk menempatkan pegawai penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan di JAKIM. Sebagai usaha segera, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan akan melantik pegawai JAKIM dan JAIN sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan atas nama jawatan. Bagi maksud ini, JAKIM dan JAIN akan menentukan nama jawatan yang akan dilantik sebagai Penolong Pengawal Perihal Dagangan.

 

Majlis ini telah ditangguhkan pukul 12.30 petang pada 23 November 2009 dan Y.Bhg. Tuan Haji Othman bin Mustapha, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM mengucapkan kesyukuran dan ribuan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dan urusetia yang menjayakan majlis ini.

 

Pengarah Hub Halal membentang kertas kerja Mekanisme Penyelarasan Pensijilan Halal Malaysia antara JAKIM dan JAIN/MAIN.

 

Pengerusi majlis menjawab soalan-soalan daripada peserta-peserta daripada JAIN/MAIN dan dibantu oleh TKP(P).

 

Puan Siti Hajar daripada MAMPU memberi pandangan perlu tindakan segera dan komitmen daripada semua demi kebaikan ummah dan kepentingan negara.

 

Gambar peserta Dialog Penyeragaman Pensijilan Halal Malaysia antara JAKIM dan MAIN/ JAIN

 

Perserta daripada JAIN/MAIN dalam sessi majlis dialog

Y. Bhg Tuan Haji Naser daripada Jab. Peguam Negara membentang kertas kerja perundangan halal