Majlis Iftar Bersama Masyarakat Orang Asli

CHEMOR – Pada 06 ogos 2012 hari Isnin,Program Ihya Ramadhan yang di anjurkan oleh Bahagian Dakwah Khas telah diadakan di KOA Badok,Chemor,Ipoh Perak Darul Ridzuan.Kedudukan kampung tersebut yang tidak jauh dari Bandar Chemor merupakan kemudahan yang sedia ada bagi penduduk di kawasan tersebut.
                 
Keramahan dan kemesraan masyarakat di kampung tersebut membuktikan bahawa penerimaan masyarakat orang asli terhadap program yang dianjurkan sebelum ini,telah mendapat sambutan yang amat baik.Sifat yang ditunjukkan oleh mereka,telah memberikan gambaran yang islam merupakan agama yang mementingkan hubungan kasih sayang dan tolenrasi terhadap sesama manusia.Hadirnya Ramadhan,memberikan seribu makna kepada mereka yang beragama islam kerana berpuasa dengan menahan lapar di siang hari.Walaupun berpuasa,mereka tetap bersama-sama turut serta bergotong royong memasak berbagai juadah untuk berbuka puasa.
 
Kemuncak acara program adalah dengan perasmian majlis berbuka puasa bersama penduduk KOA Badok yang telah di rasmikan,oleh Yang Berbahagia Ustaz Razali Bin Shahabudin,(TKP) Pembangunan Insan,yang sudi hadir bagi memeriahkan acara program pada petang tersebut.Majlis pengislaman juga disempurnakan di mana beliau telah mengislamkan satu keluarga orang asli dari kampung yang berdekatan.
 
Manakala program yang berasingan pula telah diadakan di Hulu Selangor iaitu di KOA Changkat Bintang pada 08 Ogos 2012 pada hari Rabu.KOA Changkat Bintang terletak bersempadanan di antara Negeri Perak dan Negeri Selangor yang hanya dipisahkan dengan sebatang sungai.Keunikan kampung tersebut adalah kerana majoriti penduduknya beragama islam.
 
Majlis pengislaman telah diadakan pada petang tersebut dengan dirasmikan oleh Ybhg. Tn. Hj. Ali Bin Mohammed,Pengarah Bahagian Dakwah yang telah sudi bertandang
bagi memeriahkan majlis berbuka puasa bersama masyarakat orang asli di kampung terbabit.Sumbangan keperluan harian dan duit raya kepada penduduk setempat juga di lakukan bagi menyemarakkan hari lebaran yang semakin hampir tiba.
 
Program yang diadakan bertujuan merapatkan kembali tali persaudaraan,yang umumnya mengetahui masyarakat orang asli di negara ini sentiasa mendapat perhatian daripada pihak JAKIM sendiri dan agensi-agensi kerajaan yang lain.Oleh hal yang demikian,pemantauan yang berkenaan dengan pemahaman terhadap agama islam,sentiasa di terapkan melalui program yang di adakan.Turut serta dalam program tersebut ialah dari agensi-agensi kerajaan seperti Majlis Agama Islam Selangor(MAIS),JAKOA dan penduduk kejiranan dari kampung yang berhampiran.
 
Gambaran sekitar KOA Badok,Chemor Bersama TKPPI,YBhg.Tuan Hj. Razali Bin Shahabuddin bersama tok Batin.
 
 
 Majlis pengislaman.
 
 
 
Kelihatan Ust. Hashim Bin Salleh KPP(K) Bahagian Dakwah Khas turut serta berbuka puasa bersama
penduduk kampung.
 
     Gambaran program sekitar perkampungan Changkat Bintang dan majlis tersebut dirasmikan oleh
     YBhg.Tuan Hj. Ali Bin Mohamed. 
 
Majlis pengislaman dilakukan oleh Penolong Pengarah(K) Ust. Ismail Hashim Bin Junaidi.
 
 
 
Ust. Nasir Bin Ahmad,KPP Bahagian Dakwah Khas Jakim juga tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan
kepada penduduk kampung.
 
Tarikh: 
Aug 14, 2012