Majlis Menghadap DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Dan DYTM Raja Muda Perak

Pada 05 Oktober 2010 bertempat di Istana Hinggap Seremban, Seremban, Negeri Sembilan telah diadakan Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus manakala pada 11 Oktober 2010 bertempat di Istana Perak, 4133 Changkat Persekutuan, Bukit Persekutuan, Kuala Lumpur diadakan pula Majlis Menghadap DYTM Raja Muda Perak Darul Ridzuan.

Majlis tersebut diadakan bagi menyembah maklum kebawah Baginda berdua mengenai cadangan mengaktifkan semula Kolej Islam Malaya (KIM) dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam Diraja Malaysia.

Dalam Majlis tersebut Baginda berdua telah memberi perkenan dan memberi sokongan padu dengan cadangan mengaktifkan semula KIM dan menaikkan tarafnya kepada Universiti Islam Diraja Malaysia.

Majlis menghadap tersebut diketuai oleh Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Bin Haji. Md Noor; Pengerusi Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Islam (LEPAI). Majlis turut dihadiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Pendidikan Islam, mewakili Ketua Pengarah JAKIM, Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), pegawai-pegawai JAKIM dan MAIS.

 

Majlis Menghadap Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus.

DYTM Raja Muda Perak sedang mendengar penerangan dari ahli rombongan.

DYTM Raja Muda Perak berkenan menerima cenderahati dari Y.Bhg. Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Bin Haji. Md Noor; Pengerusi LEPAI.

Ahli rombongan bergambar dengan DYTM Raja Muda Perak.