Majlis Penyerahan ILIM Wilayah Timur, Besut kepada Jakim

BESUT 11 Februari 2010 – Satu majlis penyerahan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Wilayah Timur telah berlangsung di Bukit Keluang Daerah Besut, Terengganu.<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Majlis penyerahan projek siap pembinaan Institut Latihan Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan ILIM Wilayah Timur terletak kira-kira 18 kilometer daripada Bandar Jertih dengan keluasannya lebih kurang 26.5 hektar. Dalam ucapan, Encik Mohd Noor Bin Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jakim, berkata “lokasi tapak ILIM Wilayah Timur ini dikelilingi dengan kawasan peranginan dan riadah Pantai Bukit Keluang dan juga berdekatan dengan jeti ke Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang mana menjadi tempat tarikan kepada pelancong dari dalam dan luar negara”.

Tambahnya lagi, institut ini mengandungi komponen-komponen utama yang lengkap seperti Bangunan Pentadbiran dan Hal Ehwal Pelajar termasuk Kafeteria, Bangunan Akademik, Bangunan Asrama untuk pelajar lelaki dan perempuan yang mampu menampung 100 orang peserta dalam satu- satu masa, surau, pondok pengawal dan juga rumah penginapan pengawal dan rumah tetamu.

Pembinaan ILIM Wilayah Timur ini menggunakan siling peruntukan sebanyak RM27.4 juta yang telah diluluskan dalam RMK-9.

Projek ini telah berjaya disiapkan dalam tempoh 25 bulan bermula 3 Disember 2007 yang lalu hingga 31 Disember 2009.

Dengan tertubuhnya ILIM Wilayah Timur ini, selari dengan hasrat kerajaan Malaysia dan Y.A.B Perdana Menteri untuk membangunkan Modal Insan.

Institut ini dijangka akan memulakan operasinya pada April tahun ini manakala sasaran peserta adalah pegawai jabatan kerajaan khususnya agensi agama, guru KAFA, takmir imam, ajk masjid dan lain-lain.

Program-program yang diatur dijangka dapat mengukuhkan lagi permuafakatan serta meningkatkan perpaduan di kalangan masyarakat dan dapat melahirkan para professional dalam pengurusan hal ehwal Islam yang unggul berketerampilan dan mampu berhadapan dengan cabaran ummah.

Majlis Penyerahan ILIM Wilayah Timur oleh JKR kepada Jakim.

Simbolik penyerahan ILIM Wilayah Timur.

Turut dilengkapi dengan surau, blok pentadbiran, blok akademik dan asrama.

En. Mohd Noor menanam pokok tanda bermulanya operasi di ILIM Wilayah Timur.

Tanda kenang- kenangan.