Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Ulama’ dan Umara’
Pada 5 Februari 2010 bersamaan 20 Safar 1431H, JAKIM telah berjaya menganjurkan Majlis Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama Ulama’ dan Umara’. Majlis ini telah berlansung di Dewan A, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />
Antara objektif program ini diadakan adalah :
1) Menyatukan fikrah ulama’ dan umara’ bagi melahirkan generasi yang berkebolehan dalam segenap bidang pada masa akan datang dalam mengembalikan zaman kegemilangan Islam.
2) Bertukar-tukar kepakaran dalam bidang masing-masing bagi mencipta modul pembangunan generasi dan masyarakat dalam menjadikan mereka sebagai penyumbang kepada pembangunan negara.
3) Mengembang dan mencipta sistem (Inovasi) yang dibolehkan oleh syara’ serta menjadi peneraju kepada negara-negara Islam dunia.
4) Menjadikan Malaysia sebagai negara contoh dan ikutan sebagai negara yang mengamalkan sistem kerjasama diantara ulama’ dan umara’.
Dalam ucapan perasmiannya, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan beberapa perkara penting iaitu seperti berikut :
1. Kerajaan bercadang memberikan sumbangan kewangan kepada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti masyarakat dan dakwah di negara ini. Jumlahnya (peruntukan) dan kepada siapa ianya disalurkan akan ditentukan setelah berunding dengan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dengan urusan agama.
2. Cadangan YAB Perdana Menteri di dalam pendekatan inovasi dan kreatif dengan mengadakan Bulan Inovasi Islam. Antara pengisiannya adalah dengan melaksanakan Karnival Inovasi Islam di setiap Bahagian atau Parlimen.
3. Pemberian Insentif Imbuhan wang tunai sebanyak RM2,000.00 secara tetap setiap bulan kepada Qari dan Qariah yang menjadi Johan Tilawah Peringkat Antarabangsa. Bayaran Imbuhan tersebut bermula Oktober 2009 hingga ke akhir hayat.
4. Kerajaan akan memberikan biasiswa Yayasan 1 Malaysia Development Bhd (MDB) mulai tahun ini kepada para pelajar cemerlang lepasan Sekolah Menengah Agama (SMA) untuk menyambung ke peringkat ijazah sarjana muda perubatan di Mesir.
5. Pelancaran Gagasan 1 Malaysia 1 Ummah dan pelancaran Logo 1 Ummah Peringkat Agensi-agensi Agama Seluruh Malaysia.
6. YAB Perdana Menteri memberi jaminan akan menandatangani borang permohonan kelulusan bantuan bagi 11 buah Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Kedah yang masih belum ditukar kepada Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).
Program ini telah diadakan siaran langsung di TV1, sebagai tatapan umum dan berkongsi pandangan dengan rakyat Malaysia.
Pada sesi sebelah pagi, tiga pembentang kertas kerja telah berjaya membentangkan tajuk masing-masing, mereka ialah:
1) YAA Tan Sri Ibrahim bin Hj. Lembut
Ketua Pengarah JKSM
Tajuk : Langkah-Langkah Yang Diambil Kerajaan Dalam
Memartabatkan Institusi Mahkamah Syariah di Malaysia
2) Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ismail b. Ibrahim
Penyandang Kursi Sheikh Abdullah Fahim
Universiti Kebangsaan Malaysia
Tajuk : Ulama’ dan Umara’: Siapa Memimpin Siapa?
<
ONT face=Verdana>
3) Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid
Timbalan Dekan, ISTAC, UIAM.
Tajuk : Hubungan Antara Ulama’ dan Umara’ Dalam Memperkasa
Pembangunan Ummah.
Majlis ini diserikan dengan kehadiran tokoh-tokoh ulama’ dan umara', antaranya Mufti-mufti Kerajaan Negeri, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Ahli-ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Negeri, Para Pemikir Islam yang terdiri daripada Naib Canselor, Dekan serta pensyarah universiti dan sebagainya.
Sambutan pada majlis ini adalah sangat menggalakkan daripada para jemputan, dimana bermula sebelah pagi hinggalah sebelah petang, kehadiran mereka adalah sangat membanggakan dimana 1500 orang peserta telah hadir. Secara keseluruhannya, majlis ini adalah sangat berjaya dan diharapkan dapat memberi manfaat serta sumbangan kepada pembangunan negara dan ummah.


Sesi Pembentangan Kertas Kerja oleh panel- panel jemputan.


Antara Ulama' dan Umara' yang turut hadir majlis tersebut.




Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Ismail b. Ibrahim ketika membentangkan kertas kerjanya.

Diteruskan dengan Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Abdul Majid.





YAB Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapannya.

YAB Perdana Menteri ketika melancarkan Gagasan 1 Malaysia 1 Ummah dan pelancaran Logo 1 Ummah Peringkat Agensi-agensi Agama Seluruh Malaysia.
- Hits : 1691







