Majlis Ramah Mesra Rakyat 2011 Bersama Orang Asli Lubok Legong, Baling, Kedah Darul Aman.

               Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bersama dengan Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pejabat Daerah, Baling Kedah telah berjaya mengadakan Majlis Ramah Mesra Rakyat 2011 di Perkampungan Orang Asli Lubok Legong, Baling, Kedah Darul Aman pada 15 hingga 17 April 2011. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri. Beliau di dalam ucapannya mengucapkan tahniah dan berpuashati dengan program yang diadakan dan mengharapkan supaya program seumpama ini lebih kerap diadakan semoga dapat merapatkan lagi hubungan pemimpin bersama rakyat.   
 
               Antara agensi dan jabatan yang memberikan kerjasama bagi memeriahkan dan menjayakan program ini  ialah wakil-wakil dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ), Yayasan Taqwa ( MAIWP ), Jabatan Kemajuan Oang Asli Daerah Baling ( JAKOA ), Pejabat Daerah Baling, Majlis Daerah Baling, Pejabat Agama Islam Baling, Ibu Pejabat Polis Daerah Baling, Jabatan Kerja Raya Daerah Baling, Pejabat Penerangan Daerah Baling, Pengetua & Kakitangan Sekolah Menengah Kebangsaan Siong, Guru Besar & Kakitangan Sekolah Kebangsaan Kampung Lalang, Penghulu & Penduduk Mukim Siong dan Tok Batin & Penduduk Kg. Orang Asli Lubok Legong. 
 
              Berbagai program dan aktiviti diatur termasuklah majlis penyerahan anak angkat, ziarah ke rumah-rumah, penyampaian sumbangan, tazkirah, jamuan rakyat, sukaneka rakyat, majlis pengislaman, persembahan nasyid kanak-kanak, majlis ramah mesra dan solat berjemaah. Majlis Ramah Mesra Rakyat Bersama Masyarakat Orang Asli merupakan program berbentuk ziarah bertujuan untuk beramah-mesra serta memberikan khidmat masyarakat. Disamping itu, program ini juga berteraskan objektif untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada Orang Asli tentang tanggungjawab mengamalkan ajaran Islam dalam semua aspek kehidupan harian. Dengan harapan ini juga, program yang dilaksanakan dapat memperkukuhkan lagi hubungan silaturahim di kalangan  masyarakat Orang Asli dan merapatkan hubungan dengan pemimpin dan juga masyarakat setempat.  
 
Ucapan wakil penduduk orang asli oleh Tok Batin Kg. Orang Asli Lubok Legong.
 
Ucapan aluan oleh Y.Bhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd ; Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM.
 
Ucapan perasmian oleh YB Senator Dato' Dr. Mashitah Binti Ibrahim ; Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.
 
Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program di Kg. Orang Asli Lubok Legong.
 
 
 
 
 
 
 
 
Majlis pengislaman saudara baru oleh  Y.Bhg. Datuk Haji Anan Bin C. Mohd ; Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM.