Majlis Sambutan Hari Raya Darul Quran Eratkan Ukhuwwah

Jumaat, 9 September 2011 - Darul Quran JAKIM telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Idul Fitri pada 8 September (Khamis) di perkarangan Masjid Darul Quran. Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini adalah berkonsep kerjasama antara warga Darul Quran, para pelajar dan syarikat-syarikat swasta di Darul Quran. Sambutan pada tahun ini juga amat meriah kerana juadah-juadah hari raya yang disediakan adalah hasil bergotong-royong serta sumbangan dari semua pihak.
Pengarah Darul Quran, YBhg. Tuan haji Paimuzi bin Yahya dalam ucapan beliau di majlis tersebut amat berbangga dengan kolaborasi yang ditunjukkan oleh semua pihak serta mengharapkan agar kerjasama seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan.
Antara para tetamu yang turut hadir dalam majlis sambutan hari raya tersebut adalah para pegawai JAKIM, wakil Agensi kerajaan Daerah Hulu Selangor serta rakan-rakan media  yang sentiasa member kerjasama kepada Darul Quran.
Antara juadah yang menarik yang disediakan seperti  sate, lemang, nasi dan gulai kawah, mee sup serta lain-lain juadah yang menyelerakan.
Majlis yang berakhir sekitar jam 3 petang itu telah menimbulkan kegembiraan serta kesyukuran oleh seluruh warga Darul Quran dengan kehadiran bulan Syawal pada tahun ini.
 
cms-1
Pengarah Darul Quran turut serta bergotong royong menyiapkan juadah untuk majlis kali ini.

cms-2
Sebahagian kakitangan Darul Quran yang terlibat dalam gotong royong masakan juadah.

cms-4
Sebahagian pelajar Darul Quran yang hadir memeriahkan majlis.

cms-5
Tuan Hj. Paimuzi berucap merasmikan majlis.

cms-6
Bacaan doa semoga majlis sentiasa diberkatiNya.

cms-7
Suasana ketika sesi jamuan bermula.

cms-8
Suasana ketika sesi jamuan bermula.

Foto: Ahmad Nazra Ahmad & Muktasyaf AnNamir