Majlis Sambutan Hari Raya Jakim Meriah

Isnin, 19 Sept 2011 / 21 Syawal 1432H – Jakim telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1432H/2011 yang disambut meriah dan penuh gemilang di Dewan Makan ILIM, Bangi. Semua warga Jakim berkumpul dengan pakaian warna-warni meraikannya dengan penuh kesyukuran. Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran YB. Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YBhg. Tuan Haji Othman Bin Mustapha; Ketua Pengarah Jakim, Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah Bahagian di Jakim serta dif-dif jemputan.
 
Majlis telah dimeriahkan dengan persembahan dari kumpulan Nasyid DGWA dan celoteh DJ Radio Salam.fm Jakim yang mesra lagi ceria. Dif-dif jemputan diberi peluang bagi menyampaikan Salam Aidilfitri kepada sahabat handai yang hadir.
 
Setiap Bahagian dan PUSPANITA Jakim telah mengambil bahagian  dengan membuka gerai-gerai makanan yang menyediakan pelbagai aneka juadah kepada tetamu jemputan.
 
Semoga majlis yang dianjurkan ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama pegawai dan kakitangan di Jakim.
 
 
Ucapan dari YBhg. Ketua Pengarah Jakim semasa Majlis Sambutan Hari Raya.
 
 
Ketibaan YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Binti Ibrahim; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diiringi YBhg. Ketua Pengarah Jakim.
 
 
YBhg. Ketua Pengarah Jakim, Tuan Hj. Othman Mustapha beramah mesra bersama dif jemputan
 
 
Sebahagian kakitangan yang hadir.
 
 
Kemeriahan sambutan Hari Raya.
 
 
Antara gerai yang menyediakan juadah.
 
 
Wartawan sedang menemubual YBhg. Ketua Pengarah Jakim.
 
 
DJ memberi peluang kepada wartawan menyampaikan Salam Aidilfitri.