Majlis Silaturrahim Saudara Muslim Di Pusat Dakwah Islamiyah Negeri Sembilan

Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Bahagian Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JAHEAINS) telah berjaya menganjurkan program Majlis Silaturahim Saudara Muslim di Dewan Besar, Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan pada 17 Oktober 2009 bersamaan 28 Syawal 1430H.

 

Program tersebut yang telah dihadiri oleh seramai 800 orang peserta yang terdiri daripada Saudara Muslim seluruh Negeri Sembilan telah dirasmikan oleh Tuan Johani bin Hasan, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

 

<?xml:namespace prefix = o ns = "urn:schemas-microsoft-com:office:office" />

Antara objektif program tersebut ialah :-

1. Memperkukuhkan pemahaman kepada peserta terhadap nilai-nilai dan amalan yang unggul dalam kehidupan seorang muslim.

 

2. Mengeratkan lagi hubungan silaturrahim sesama Saudara Muslim seterusnya mewujudkan kemesraan dalam masyarakat Islam dan bukan Islam.

 

3. Memberi kefahaman dan kesedaran tentang tanggungjawab Saudara Muslim dalam mengaplikasikan Islam dalam semua aspek kehidupan.

 

Di antara pengisian majlis tersebut ialah forum yang bertajuk Konsep Silaturrahim dalam Islam yang terdiri daripada 2 ahli panel iaitu Saudara Ann Wan Seng, Setiausaha Agung Kehormat Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan Ustaz Kamarulzaman bin Noor Mohamed, Naib Pengerusi Hidayah Centre Jamaah Islah Malaysia (JIM). Manakala moderator forum tersebut ialah Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil dari Jabatan Agama Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan. Bagi meraikan kemuliaan bulan syawal, pada akhir majlis tersebut, telah diadakan juga jamuan Hari raya Aidifitri.

 

Keseluruhan peserta telah memberi komitmen yang baik dengan pelbagai pandangan, isu serta masalah-masalah yang dihadapi oleh Saudara-Saudara Muslim telah di ketengahkan dalam sesi soal jawab. Peserta juga berharap agar program seperti ini dapat di adakan pada setiap tahun.

 

Antara penceramah jemputan.

 

Para tetamu yang hadir.

 

Memperdengarkan ayat- ayat suci Al-Quran.

 

 

Penyampaian cenderahati.

 

Orang ramai yang hadir.

 

Jemputan menikmati hidangan yang disediakan.