Majlis Walimatul Urus Orang Asli Islam Daerah Hulu Selangor 2012

HULU SELANGOR – Pada 8 November 2012 hari Khamis,Cawangan Dakwah Khas,Bahagian Dakwah ( JAKIM ) telah menganjurkan program majlis pernikahan beramai-ramai bertempat di KOA Bukit Manchong,Hulu Selangor.
 
Majlis tersebut mendapat sambutan dari Masyarakat Orang Asli dari seluruh Negeri Selangor.Sebanyak 18 pasangan dinikahkan oleh Pendaftar Nikah Kanan,YBhg. Ustaz Zulhairi Bin Jaid dengan bersaksikan oleh Yg Bhg. Ustaz Haji Hashim Bin Salleh dan juga Ustaz Ismail Hashim Bin Junaidi dari Bahagian Dakwah.Upacara pernikahan tersebut di adakan di Surau KOA Bukit Manchong,
 
Objektif utama penganjuran majlis pernikahan ini adalah bagi merapatkan ikatan silaturrahim antara penduduk kampung dan agensi kerajaan dalam melaksanakan tuntutan syarak.Program ini juga bertujuan bagi meningkatkan lagi pengetahuan Masyarakat Orang Asli Islam tentang syariat Islam dan memberi sokongan kepada pasangan pengantin yang akan melayari bahtera rumahtangga bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.Pasangan pengantin yang di temui ketika upacara majlis akad nikah terbabit,rata-rata mereka melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kerana berjaya mendirikan bahtera rumahtangga.Selepas selesai majlis akad nikah,pasangan pengantin di raikan lagi dengan diarak beramai-ramai sambil berselawat menuju ke meja hidangan.
 
Kemuncak acara program pada hari itu dimulai dengan ucapan alu-aluan dari Tok Batin KOA Bukit Manchong iaitu Batin Johari Bin Mat dan diiringi dengan ucapan seterusnya dari Penolong Pengarah JAKOA negeri Selangor,YBhg. Encik Md. Yusof Bin Abu Naim.Perasmian majlis itu,telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Ustaz Haji Hashim Bin Haji Salleh,Ketua Penolong Pengarah Kanan dari Cawangan Dakwah Khas dan turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan pengantin dan juga penduduk kampung.
 
Kehadiran tetamu yang terdiri masyarakat setempat dan juga dari kampung-kampung yang lain menikmati jamuan tengahari yang disediakan oleh pihak penganjur bagi meraikan pasangan pengantin terbabit.Pelbagai sumbangan,kerjasama serta sokongan dari agensi-agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang terdiri daripada JAKIM,JAKOA,MAIS,Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Selangor,PERKIM dan IKRAM.
 
 
 
Seramai 18 pasangan pengantin dari kalangan Masyarakat Orang Asli Islam Daerah Hulu Selangor.
 
Upacara akad nikah disempurnakan Pendaftar Nikah Kanan,Ustaz Zulhairi Bin Jaid.
 
 
Majlis diserikan lagi dengan pengantin di arak beramai-ramai.
 
Ucapan perasmian dari Ybhg. Ustaz Hashim Bin Salleh,KPPK Cawangan Dakwah Khas,JAKIM.
 
Tarikh: 
Nov 19, 2012